Rundingan FTA Malaysia – AS dikesali

Kenyataan Media

16 hb Januari 2008

 

 

TERAS membantah perundingan FTA Malaysia-AS yang kini diteruskan di Kuala  Lumpur baru-baru ini.

 

Ini sangat mengejutkan setelah reaksi pelbagai pihak dari kalangan rakyat tahun lepas telah jelas menolak perundingan FTA tersebut memandangkan kerugian yang bakal diterima Malaysia jika AS dibenar untuk masuk ke pasaran ini tanpa had.

 

Jelas sekali mengikut kenyataan James R.Keith , wakil perdagangan AS yang menyatakan bahawa sasaran utama FTA Malaysia – AS ialah sektor perolehan kerajaan. AS benar-benar mahu masuk dalam tender kerajaan yang selama ini telah dapat membantu usahawan tanah air khususnya bumiputera.

 AS sememangnya ingin menguasai sebanyak mungkin sektor di negara ini atas alasan ia akan membantu pertumbuhan ekonomi di negara ini.

 Yang jelas dasar terbuka yang terlalu luas kepada AS sangat bahaya buat Malaysia kerana kesan kepada pengusaha kecil dan sederhana termasuk syarikat GLCakan menghadapi saingan yang tidak adil.

 TERAS mengesa agar pihak kerajaan jangan mengambil sikap berahsia dalam perundingan ini. Rakyat berhak untuk mengetahui kenapa perundingan ini diteruskan.

 TERAS kesal terhadap sikap kerajaan yang sehingga ini  tidak mahu mendengar protes rakyat dalam hal yang akan merugikan rakyat.

 TERAS mendesak agar perundingan FTA ini dihentikan sama sekali dan pihak kerajaan meneruskan perdagangan dengan AS seperti yang sedia ada tanpa perlu mengikat dengan perjanjian yang akan menjebak Malaysia dalam kawalan AS yang merbahaya dalam jangka masa panjang.

 Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS 

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,991 hits
Kalendar
Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: