FTA: Jangan korbankan kepentingan rakyat

Pada 14 Januari 2008, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia menyambungkan kembali rundingan rasmi ke atas cadangan Perjanjian Perdagangan Bebas AS – Malaysia (FTA) selepas rundingan yang dijalankan pada awal tahun lalu berkenaan 58 isu melibatkan bantahan kedua-dua negara menemui jalan buntu.

Antara isu yang menjadi perhatian ialah pemerolehan kerajaan (government procurement) dan perkhidmatan kewangan.

Ruang polisi ke atas isu ini adalah penting untuk pembangunan negara.

Pemerolehan kerajaan merupakan alat pembangunan makroekonomi dan boleh membantu dalam menyeimbangkan sosioekonomi.

Sewaktu krisis kewangan Asia, Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam meliberalisasi perkhidmatan kewangan, membuat keputusan atas kehendak dan kepentingan negara.

Menurut laporan dalam akhbar New Straits Times (14 Januari 2008), memetik kata-kata Duta AS ke Malaysia, James R. Keith, “Satu garis panduan untuk kami (AS) dalam pemerolehan kerajaan yang telus dan akses pasaran bertimbal balik… kita perlukannya. Jika kita tidak mempunyainya, maka ia akan menjadi penghalang rundingan.” Keith turut mengakui bahawa AS mencari ‘akses pasaran yang kuat’ termasuk dalam bidang perkhidmatan kewangan.

Sebelum ini, jaminan telah diberikan kepada rakyat oleh kerajaan bahawa tidak akan mengorbankan kepentingan negara dalam usaha untuk menjalin perjanjian dengan AS.

Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Seri Rafidah Aziz telah dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam hal yang melibatkan polisi bumiputera dan meliberalisasi sektor perkhidmatan kewangan negara.

Memetik kata-kata beliau dalam laporan AFP (19 Mac 2007): “Terdapat perkara yang kita tidak boleh kompromi… seperti agenda bumiputera, hak kedaulataan kerajaan dan pemerolehan, dan perkara seperti sektor kewangan, di mana kita mempunyai pelan pasaran kewangan yang tersendiri.”

Hanya kecuali kerajaan telah mungkir janji, ini menunjukkan bahawa AS dan Malaysia tidak bersependapat dalam isu-isu asas dan utama. Melihat keadaan ini, kenapa Malaysia masih berkeras untuk berunding dengan AS?

Cadangan FTA akan memberikan kesan jangka panjang ke atas ekonomi dan sosial Malaysia, dan kita kemungkinan akan muncul sebagai golongan yang tewas secara langsung. Sehingga kini, biarpun beberapa permintaan, tiada analisis kos keuntungan secara komprehensif dibuat untuk tatapan orang awam.

Tambahan, rundingan ini tidak telus, dan hanya terdapat sedikit konsultansi dengan orang awam. Malah, kekurangan ketelusan dalam rundingan telah meningkat. Tiada sebarang maklum balas sama ada 58 isu yang melibatkan bantahan kedua-dua pihak ini telah diselesaikan dan sama ada apa-apa keizinan telah diberi oleh kerajaan Malaysia dalam usaha untuk memenuhi perjanjian tersebut.

Sementara itu, kerajaan kelihatan bersedia untuk memenuhi permintaan AS ke atas hak Harta Intelek dan Hak Cipta yang akan membebankan pesakit yang memerlukan ubatan, pengguna dan industri tempatan seperti pembuat ubatan secara turun-temurun.

Walaupun rundingan FTA sudah gagal, AS akan terus menekan untuk perubahan unilateral dalam Akta Harta Intelek dan Hak Cipta kerana mengetahui yang kerajaan sanggup beralah walaupun terdapat bantahan daripada orang awam.

Kami mengulangi kekecewaan yang amat mendalam ke atas kerajaan yang terang-terangan tidak mempedulikan kepentingan negara dalam jangka masa panjang ini. Apa yang patut dilakukan oleh kerajaan ialah menarik diri daripada rundingan tersebut.

– SM MOHAMED IDRIS,

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

 

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,922 hits
Kalendar
Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: