KESELAMATAN KANAK-KANAK KIAN TIDAK TERJAMIN

SURAT

21 HB JANUARI 2008

TERAS sangat prihatin terhadap persoalan keselamatan kanak-kanak di negara ini.


Kes-kes penderaan kanak-kanak serta perlakuan jenayah ke atas kanak-kanak menunjukkan adanya perkembangan yang sangat mengkhuatirkan terhadap keselamatan sosial di Malaysia.


Sementara kekejaman yang mengerikan terhadap kanak-kanak menaikkan kemarahan masyarakat disegenap peringkat , akan tetapi keselamatan kanak-kanak nampaknya semakin tidak terjanmin dan sudah menjadi isu yang kian mencemaskan.


Penculikan , perkosaan , penderaan dan pembunuhan bukan sahaja berlaku di luar rumah malah sudah mula berlaku dalam rumahtangga di mana kanak-kanak seharusnya mendapat perlindungan yang sepatutnya.


Soalnya pihak keselamatan hanya mampu bertindak selepas sesuatu insiden jenayah berlaku ke atas kanak-kanak . Namun masyarakat tidak dapat membendung jenayah yang semakin menjadi fenomena yang menakutkan ini.


Kami ingin menarik perhatian kepada semua pihak yang kini berdebar menunggu berita mengenai pembunuh Nurin dan kehilangan Sharlinie . Bahawa semua pihak hendaklah merenung secara mendalam kenapakah dan apa punca jenayah terhadap kanak-kanak sudah mula berleluasa di negara ini.


Apakah masyarakat Malaysia sudah kehilangan nilai diri sehingga nyawa kanak-kanak sudah menjadi begitu murah?.
Adakah keruntuhan nilai kemanusiaan kita sudah mencecah tahap seburuk ini sehingga tidak meletakkan nyawa kanak-kanak sebagai suatu yang sangat berharga.?


Disamping kelalaian dan kecuaian ibubapa memang boleh diungkit sebagai salah satu punca masalah ini , namun kita juga tidak boleh mengenepikan keruntuhan nilai kasih-sayang dan menghargai nyawa kanak-kanak sebagai amanah yang sangat besar kepada sesebuah masyarakat sedang berkembang dan menjelmakan natijah yang amat
mengerikan.

TERAS mengesa semua pihak jangan meremehkan fenomena jenayah ke atas kanak-kanak yang sangat merunsingkan ini. Rasa cemas dan tidak selamat kian meningkat sehingga kita hilang punca bagaimana keselamatan kanak-kanak menjadi semakin tidak terjamin.

Ini belum dilihat dari sudut betapa minda dan emosi kanak-kanak kini sedang terdedah kepada pelbagai pencerobohan dan keganasan yang membuat jiwa mereka sangat mudah dibentuk dan dicorak dengan watak yang negatif.


Keghairahan media yang menyiarkan unsur-unsur ganas dan seksual melalui TV , permainan video , filem serta komik dan majalah juga cukup menambahkan pembentukkan keperibadian kanak-kanak kepada kerosakkan yang tidak boleh dipandang kecil.


Kami menyeru suatu penelitian yang mendalam dari segi pendidikan nilai sosial dan perundangan serta pencegahan semua aspek yang negatif dalam masyarakat berkait dengan keselamatan kanak-kanak hendaklah dilaksanakan segera . Rumusan yang kukuh dan praktikal untuk menmbenteras jenayah ke atas kanak-kanak hendaklah segera dilancarkan jika kita mahu negara ini menjadi negara yang selamat untuk generasi tunas buat masa depan .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden

About these ads
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA
8 comments on “KESELAMATAN KANAK-KANAK KIAN TIDAK TERJAMIN
  1. anies ksw berkata:

    tukar je kerajaan yg ada sekarang…kerajaan sekarang memalukan…jenayah dalam negara, mintak bantuan FBI..NAMPAK SANGAT POLIS X BUAT KEJE

  2. liyana berkata:

    apa langkah-langkah untuk membanteras masalah jenayah dan kehilangan kanak-kanak ini?

  3. liyana berkata:

    cm2 plak ke..
    em..apa peranan jabatan kebajikan masyarakat pulak nk membendung masalah ni?

  4. ida berkata:

    x leh slhkan mana2 phk.yang ada anak harus selalu waspada.

  5. sadish berkata:

    kenapa nak salahkan ooorang lain if sendiri yang salah dan tak ambil berat langsung

  6. aminur berkata:

    ibubapa dan jiran tetangga yang sepatutnya membantu untuk bersama-sama menjaga anak masing-masing. kita tidak boleh menyalahkan orang lain.

  7. eva longgoria berkata:

    seharusnya ibubapa harus mengambil peranan yterhadap keselamatan anak2 mereka

  8. eva longgoria berkata:

    seharusnya ibubapa harus mengambil peranan terhadap keselamatan anak2 mereka

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 204,672 hits
Kalendar
Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 28 other followers

%d bloggers like this: