RAKYAT MENUNGGU CALON YANG BENAR DAN JUJUR

Dalam kepanasan suhu piliharaya ke 12 kian meningkat, kami ingin menarik perhatian kepada semua pihak yang nampak ghairah untuk melancarkan perang-perang habis-habisan untuk merebut kerusi di DUN mahupun di Parlimen.

Kita telah melalui pengelaman 50 tahun merdeka dan proses demokrasi yang sudah mencecah pilharanraya kali yang ke 12. Semada mekanisme atau proses demokrasi kita tidak ada yang cacat atau disebaliknya , namun yang penting kita telah mengakui akan menjaga demokrasi dan memilih jalan demokrasi untuk menguruskan pemilihan sebuah kerajaan setiap kira-kira 5 tahun sekali.  Dalam pahit manis dan kegetiran menyertai pilihanraya sejak 1955 ,  seharusnya kita semakin matang dan berjiwa besar untuk berlaku adil dan bersikap benar kepada rakyat.

 Sebenarnya berkhidmat kepada rakyatlah yang sepatutnya menjadi asas kenapa kita beria-ia untuk mendapat mandat memimpin dan merangkul kuasa. Sepatutnya hasrat ingin mengangkat nasib rakyat terbanyak terutama dikalangan mereka yang terus mendudukki strata terbawah dalam masyarakatlah yang seharusnya merangsang seseorang itu  menawarkan diri  untuk menjadi calon.

 Sementara mereka yang ghairah menjadi calon itu  kerap berbuih mulut cuba meyakinkan bahawa mereka mahu berkhidmat untuk rakyat , namun tidak dapat dinafikan ramai pula melihat kedudukan sebagai wakil rakyat sebagai peluang membuka pintu seluasnya untuk hidup selesa dan lumayan.

 Kerap juga atas nama parti mereka mendakwa mahu bertanding kerana  mahu mewakli hasrat kepimpinan parti , akan tetapi sudah terlalu kerap mereka itulah juga yang akhirnya dijangkiti sindrom mencari kesempatan membolot kekayaan setelah berjaya dipilih dalam pilihanraya.

 Maka akan sering kita melihat seorang calon yang menang pilihanraya tidak akan  menjadi lebih miskin atau lebih susah dari sebelum ia menjadi wakil rakyat. Kebanyakannya akan jelas menjadi lebih senang, lebih bergaya dan lebih mewah kehidupaannya dari sebelumnya. Bagi mereka yang dicalonkan semula dan menang , akan kelihatan mereka menjadi lebih selesa kerana sudah matang dan cekap menghidu kesempatan yang ada untuk membolot kekayaan.

 Maka petanda seorang wakil rakyat dengan sifat-sifat ini dapat dilihat melalui rumah yang besar , kereta yang mewah , perhiasan diri dan rumah yang berjenama , pejabat yang bergaya dan menginap di hotel-hotel mewah.

 Lantaran itu rakyat yang awalnya benar-benar berharap bahawa calon yang dimenangkan itu akan meletakkan keutamaan kepada kepentingan rakyat berakhir dengan kekecewaan .

 Calon yang sebelumnya sanggup meredah jalan kampung yang tidak berturap , cuba menemui setiap insan rakyat di kawasan yang ditandingi dan  sanggup merendah diri untuk bersama dengan orang tua yang terlantar dan hidup melarat , kemudian tidak menampakkan bayang selepas itu.

 Semua ini hanya berlaku dalam tempoh yang sangat terbatas. Bila pilihanraya selesai , kenduri kemenangan dirayakan dengan terkorbannya lembu dan kambing dan bila ia  sudah semakin terbiasa dengan karenah menguruskan pelbagai masalah rakyat , akan didapatilah  wakil rakyat jenis ini segera belajar bagaimana  untuk bergimik atau berPR dengan rakyat.

 Asalkan jangan terlalu nyata tidak turun padang dan tidak menunjukkan diri ketika rakyat sangat memerlukan bantuan , wakil rakyat tersebut tidak akan berasa bersalah kerana urusan rakyat sebenarnya tidak menjadi terlalu penting berbandingkan urusannya untuk mencari peluang memantapkan kekayaannya.

 Dengan yang demikian kami mengingatkan ,bahawa PR 12 ini yang memasuki umur kemerdekaan ke 50 tahun perlu menunjukkan wajah yang baru dikalangan aktor dan para politikus pilihanraya .

 Pengumuman untuk mahu menarik diri dengan niat untuk memberi kata dua kepada pucuk pemimpin dan ada yang mendakwa masih boleh menawarkan diri untuk menjadi calon hendaklah dihentikan. Gimik untuk menarik perhatian rakyat tidak harus terus diamalkan.

 PR 12 adalah pilihanraya yang penting dari sudut waktu yang sedang dilalui oleh rakyat Negara ini. Jangan hendaknya mereka yang ghairah menjadi calon berakhir menjadi pengkhianat kepada rakyat. Rakyat perlu menjadi semakin matang dan celik ketika memilih wakil mereka. Negara ini terlalu mahal untuk diperjudikan oleh mereka yang mempunyai niat mahu mengaut keuntungan bila menang pilihan raya.

 
Mohd Azmi Abdul Hamid

F1014 Kg. Pondok ,Merbok , Kedah

KP 580903-11-5209

Tel 0194744856

 

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,366 hits
Kalendar
Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: