TAMADUN ISLAM BUKAN BERMULA DENGAN BINAAN YANGBERMEWAHAN


4 hb Februari 2008

TERAS berpendapat Taman Tamadun Islam (TTI) yang telah menelan belanja RM250 juta di Trengganu  adalah suatu pembaziran  yang tidak mememuhi kriteria dan kehendak tamadun Islam yang sebenar.

 

Sesungguhnya mendirikan struktur binaan yang mewah sedangkan ada keutamaan yang lain untuk rakyat seperti perumahan yang lebih penting , tidak memenuhi maksud tamadun Islam seperti yang ditonjolkan  di Trengganu.

 Sementara perbelanjaannya sangat tinggi , TERAS tidak dapat melihat manfaat membina 21 monumen hanya untuk tontonan sedangkan ia tidak membawa manfaat nyata kepada rakyat terbanyak. Soalnya adakah tamadun Islam ingin dipersembahkan melalui monument replika yang menelan belanja yang banyak walhal yang lebih utama ialah bagaimana memperbetulkan budaya hiudp yang kini telah rosak akibat tamadun kebendaan yang kini sedang dialami Negara.

 

Walaupun kerajaan Trengganu mendakwa bahawa TTI akan menjadi produk pelancongan yang menarik , akan tetapi bukan dengan cara berbelanja dengan demikian tinggi menunjukkan sebuah tamadun , sedang Trengganu masih termasuk antara negeri yang miskin di Negara ini.

 

TERAS kesal kecenderongan pihak kerajaan pusat dan negeri yang terus berlumba-lumba untuk membangun projek-projek kosmetik yang tidak menyelesaikan masalah rakyat yang lebih utama.

 

Kos perkhidmatan pendidikan dan  kesihatan yang semakin mahal , malangnya maseh menyelubungi kehidupan rakyat. . Kenapa aspek ini tidak diberi perhatian utama dan bersungguh jika yang dicapai ialah sebuah Negara yang hanya menonjolkan struktur yang dianggap hebat sedangkan ia tidak ada hubungan dengan keperluan rakyat yang sebenar.

 

Tamadun Islam yang sebenarnya ialah terletak kepada kualiti hidup manusia disemua peringkat terutama meninkatkan kualiti rakyat yang berada digaris kemiskinan, budaya hidup murni yang berasaskan kepada pegangan takut kepada Allah , pemerintahan yang memberi keutamaan kepada perlaksanaan syariat yang menjamin keadilan kepada semua rakyat , memberi keutamaan kepada keperluan asasi , keselamatan  dan keilmuan rakyat , sistem urustadbir Negara yang menjaga amanah rakyat dan menyekat segala penyelewengan dan pembaziran ,serta menjaga keharmonian  dan kestabilan alam sekitar.

 

Malangnya ciri-ciri ini tidak menjadi agenda utama oleh pihak kerajaan. Penonjolan kepada projek-projek ekonomi yang bersifat mewah , yang memeberi kesempatan segelintir golongan elit yang elitis mengaut keuntungan hanya menyebabkan jurang kaya-miskin semakin melebar di Negara ini.

 

Laporan bahawa indeks Gini yang mengukur jurang kaya-miskin di Malaysia iaitu 0.45 adalah yang tertinggi di Asia,  sangat mengaibkan. Lebih malang lagi didapati jurang itu adalah yang paling besar dikalangan golongan bumiputera .

 

Oleh itu apakah erti TTI bagi rakyat yang masih ramai memerlukan pembelaan untuk hidup dalam keadaan yang mencukupi .

 

Perbelanjaan RM250 juta disaat rakyat bergelut dengan kos hidup yang semakin meningkat adalah suatu tindakan tidak bertanggungjawab di pihak kerajaan.

 

21 buah  monumen replika itu sendiri bukan melambangkan tamadun yang sebenar kerana yang diutamakan dalam sebuah tamaduan manusia yang Islamik ialah kesederhanaan yang mengutamakan keperluan rakyat , bukan binaan-binaan mewah. Lagipun  kenapa harus kita membuat replika yang tidak fungsional yang menelan belanja yang tinggi.

 
Negara ini akan bangkrup dengan sikap dan tabiat berbelanja membazir yang diamalkan oleh kerajaan sekarang. Yang lebih malang lagi ialah generasi masa depan akan menanggung segala bebanan untuk mencari sumber dana yang semakin terhad. Apakah kerajaan sekarang tidak punya pemikiran ekonomi yang logik dari sudut daya mapan untuk masa depan.? Kenapa bangunan yang bersifat hiasan ini yang sering dighairahkan hanya sebagi simbol yang tidak membawa ert sebenar dari segi  manfaatnya kepada rakyat?

 

TERAS kecewa dengan sikap pemimpin yang mengutamakan smbol-simbol dan imej berbanding  pembinaan manusia dan masyarakat yang berkualiti.Malah lebih malang lagi kerajaan nampaknya bersikap liberal terhadap berbagai bentuk kerosakan budaya masyarakat yang dipromosi sendiri oleh kerajaan melalui acara-acara hiburan yang tidak henti-henti dalam RTM dan pesta-pesta tajaan agensi kerajaan.

 

Kenamakah dan apakah  tamadun yang hendak ditampilkan oleh pihak kerajaan ditengah-tengah gejala sosial yang semakin kronik disamping jenayah yang meningkat kepada tahap yang menakutkan.?

 

TERAS mengesa pihak kerajaan menghentikan semua perbelanjaan mewah yang membazir atas nama projek pembangunan. . Sesunguhnya wang rakyat yang berupa amanah yang  perlu  ditadbir-uruskan dengan baik tidak boleh dibelanjakan dengan sesuka hati tanpa melihat kesan langsung  kepada rakyat. 

 

TERAS juga mendesak agar pihak kerajaan memberi keutamaan kepada membangun masyarakat  yang memulihara syakhsiyyah murni daripada menumpu kepada pembangunan yang membazir.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

 

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,661 hits
Kalendar
Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  
%d bloggers like this: