Usah putus silaturahim kerana politik

 

JIKA dulu penguasaan Barat dilihat menanamkan elemen peradaban mereka melalui penguasaan politik dalam proses penjajahan, kini mereka terus menerus cuba menguasai melalui budaya, ekonomi, teknologi dan pendidikan.

 

Proses globalisasi yang berlaku kini adalah lanjutan daripada usaha mensejagatkan tamadun Barat. Inilah antara cabaran besar bangsa Melayu dan bangsa lain di dunia. Pada masa sama, kita juga perlu mengambil manfaat daripada unsur positif yang dibawa globalisasi dan peradaban Barat seperti budaya penyelidikan dan kerjasama saintifik.

 

Dalam keghairahan kempen politik pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi, kita jangan lupa titik persamaan umat Melayu yang beragama Islam, iaitu persamaan akidah Tuhan yang satu. Tidak salah kita berbeza pendapat dari segi strategi politik dalam Umno, Pas, PKR, tetapi jangan sampai terputus silaturahim sesama umat Melayu beragama Islam. Kita berani menang dan berani kalah dalam pemilihan calon.

 

Antara rahsia kekuatan tamadun Melayu ialah kekuatan akidah yang masih wujud dalam diri walaupun 446 tahun kita dijajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Tamadun Melayu masih kekal sehingga hari ini. Antara teras tamadun Melayu dalam bentuk non-material ialah agama Islam, bahasa Melayu dan budaya Melayu yang menjadi tonggak tamadun Malaysia.

 

Bangsa Melayu terkenal dengan bijaksana berdakwah. Dalam diam-diam, ramai yang tertarik dan memeluk Islam kerana kesopanan, beradab dan toleransi kita. Saya cadangkan pemimpin Melayu jangan memegang jawatan tertinggi dalam parti melebihi 15 tahun, beri peluang kepada calon pengganti untuk mentadbir pula. Kita boleh membimbing secara rasmi atau tidak rasmi kepada pemimpin baru. Nabi Muhamad SAW pun memerintah hanya 13 tahun di Makkah.

 

Kepada umat Melayu jangan cepat menghukum ahli parti lain dengan menuduh tidak Islamik. Guna pendekatan saling hormat-menghormati pendirian masing-masing. Elak pertengkaran terbuka tanpa adab sopan.

 

Tidak terlalu mengampu dan tidak terlalu membenci. Mungkin ahli parti lain lebih baik daripada kita. Solat tidak diabaikan, anak dididik dengan betul dan kasih sayang sesama umat manusia perlu disuburkan.

 

ABDUL SALAM YUSSOF,

Sepang, Selangor.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Surat/20080204230150/Article/

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “Usah putus silaturahim kerana politik
  1. Umara berkata:

    Bila bercakap soalan memutuskan silaturrahim kerana politik saya cukup geli hati. Soal memutuskan silaturrahim bukan kerana politik sahaja.Ketua tidak setuju dengan orang bawahnya juga memutuskan silaturahim. Ketua yang konon berjuang untuk rakyat tetapi mengabaikan orang dibawah jagaannya dan itu bukankah memutuskan silaturahim.Ketua atau pemimpin yang cakap tidak serupa bikin bukankah itu memutuskan silaturahim?

    Orang politik yang tidak bijak sahaja yang suka memutuskan silaturahim.Seingat saya persoalan Islamik atau tidak telah dikupasan dengan cukup baik oleh Dr.Taha Jabir.
    Sekian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,682 hits
Kalendar
Februari 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  
%d bloggers like this: