Beberapa tahap dalam perjuangan pelajar

1 Februari lalu, saya sempat ke TGV, KLCC untuk menonton filem In The Name of King yang mengisahkan perjalanan hidup seorang putera raja yang terpisah daripada kehidupan istana sejak kecilnya. Sejak itu beliau hidup merantau daripada sebuah keluarga petani ke sebuah keluarga petani yang lain di sebuah kampung. Akhirnya putera itu digelar Farmer dan gelaran itu menjadi namanya kerana beliau sering bekerja di ladang. Oleh kerana sejak kecil beliau telah banyak bergaul dengan masyarakat bawahan sejak kecil, beliau tidak pernah mengetahui identiti dirinya sebagai putera raja. 

Sepertinya, dia memang dididik Tuhan untuk bergaul dengan rakyatnya sendiri sebelum menerima pemerintahan. Pendek kata, Farmer benar-benar kembali ke pangkuan masyarakatnya. Di pertengahan cerita, Farmer menyedari bahawa raja negeri itu adalah ayahandanya. Beliau menolak untuk bergabung menjadi tentera istana kerana ayahandanya tidak pernah mempertahankan desanya daripada serangan masyarakat Krug yang dikuasai secara ghaib oleh seorang ahli sihir.

Ketika menolak arahan menjadi tentera, Farmer berkata:

“Tentera diminta mempertahankan castle (kubu) ketika negeri diserang musuh sedangkan ketika itu desa-desa sedang bermatian berjuang mempertahankan diri tanpa bantuan raja.”

Ucapan itu menyebabkan para petani bergabung bersama beliau untuk berjuang sendirian menentang masyarakat Krug dan ahli sihir itu. Farmer ada karisma. Ekoran itulah wujud dua puak yang memilih corak perjuangan berlainan untuk melawan musuh yang sama. Setelah mengetahui niat beliau dipisahkan daripada istana, perlahan-lahan barulah Farmer menerima sang raja itu sebagai ayahnya dan Farmer bersetuju menjadi raja menggantikan ayahnya yang telah meninggal dunia dalam satu peperangan bersama masyarakat Krug.

Rasional kenapa beliau dipisahkan daripada istana ialah agar beliau tak dibunuh ahli sihir yang bersembunyi di istana itu. Akhirnya beliau pun berjaya membunuh ahli sihir dengan gabungan kekuatan rakan-rakannya.

Bani Israel tiada pemimpin yang kuat

Saya tidak pasti adakah ia sebuah kisah dongeng atau kisah raja-raja Eropah zaman dulu. Namun, suatu hal yang pasti, jalan cerita ini seakan-akan dan hampir sama dengan kisah Bani Israel yang lemah tertindas kerana tidak mempunyai pemimpin yang kuat. Sejak beratus tahun Bani Israel dijadikan hamba oleh Fir’aun, maka telah muncul suatu fahaman yang menyatakan mereka lemah dan tidak mampu melakukan apa-apa untuk melawan Fir’aun.

Suatu masa dahulu, sifat-sifat ini memang menjelma dalam pimpinan mahasiswa. Saya pernah mendengar mereka berkata: “Jika kami mengirim bantahan, apakah ada pelajar yang akan mendokong tuntutan kami itu?” Hal ini berlaku kerana kita tidak mendekati masyarakat siswa dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, hal pertama yang perlu dilakukan untuk meraih sokongan siswa adalah dengan cara menyelami, memahami dan membantu siswa keluar daripada permasalahan mereka.

Bani Israel adalah bangsa penukang yang membina piramid Firaun di zaman penjajahan. Farmer adalah petani yang bergaul dan memahami masalah hal-ehwal pertanian. Bermula dari situ, siswa perlu mempolitikkan masalah kehidupan pelajar di peringkat nasional. Ketika ini, Musa masih menjadi ‘insider’ atau orang penting dalam istana Firaun. Beliau belum diangkat menjadi nabi dan belum menjadi ‘fugitive’ pelarian yang kemudiannya kembali menyatu dengan kuasa rakyat Bani Israel yang tertindas dalam perhambaan.

Kekuasaan yang sebenar, sejati dan tulen adalah kekuasaan rakyat yang berawal daripada suara dan jeritan rakyat. Untuk itu adalah suatu keperluan yang mendesak bagi pelajar ini mula melakukan penyelidikan dan kajian berhubung masalah kaum pelajar dan rakyat. Kajilah berapa ramai yang sukar menukar kursus di universiti dan lain-lain masalah para pensyarah. Angkat permasalahan mereka ke tengah pentas politik nasional.

Merakyatkan segala ketakutan mereka dan lantiklah seseorang yang boleh mengatasi masalah itu. Ringkasnya, semua ini adalah usaha membebaskan diri daripada ketakutan warisan yang telah dibina semenjak 30 tahun lalu saat Auku bernyawa sebagai raksasa yang telah pun memperhambakan pelajar melalui ketakutan yang sememangnya wujud dalam diri anda.

Hamba yang mahu melawan layak memimpin perubahan

Ada dua jenis hamba dalam segi ini; iaitu hamba yang masih mahu melawan serta hamba yang melihat dirinya telah dimiliki dan tak mampu berbuat apa satu tindakan pun. Adalah malang jika pemimpin siswa berada dalam hamba kedua. Tapi kategori inilah yang paling ramai wujud dalam kebanyakan pemimpin pelajar universiti. Hamba (pelajar) dalam kategori ini adalah mereka yang bersedia berdepan risiko dibuang universiti, dipenjarakan termasuk dibunuh.

Di zaman saya, ramai pemimpin pelajar yang mahu terkenal seperti Anwar, tapi mereka mahu raih kemasyhuran dengan cara selamat. Hal inilah yang menyebabkan wujudnya rantaian ‘ketakutan yang diwarisi’ lalu akhirnya mereka kalah dan kekosongan kepimpinan itu akhirnya diisi oleh Aspirasi. MPP hari ini telah berjaya melahirkan puluhan presiden tetapi bukanlah pemimpin.

Hal ini sama dengan Malaysia dan OIC yang melahirkan Perdana Menteri dan Pengerusi, tetapi orang yang sama itu bukanlah pemimpin umat Islam seluruhnya. Beliau tak mampu mendamaikan antara konflik Hamas dan Fatah. Malah tak pernah menyatakan pendirian ke atas larangan pemakaian tudung yang ditarik balik yang diancam oleh tentera Turki.

Syahadan, apabila pemimpin pelajar menjadi hamba yang mahu melawan, maka itu awal daripada permulaan yang baik. Pada tahap ini, insan seperti Farmer akan muncul sebagai ‘mujaddid’ dan melancarkan serangan demi serangan untuk memperjuangkan kebebasan. Filem ini mengingatkan saya kepada tahap-tahap kemajuan yang dicapai oleh Bani Israel selepas bebas daripada perhambaan Firaun.

Setidak-tidaknya, ada tiga kategori raja yang bertanggungjawab memikul amanah sehingga Israel mencapai puncak kegemilangannya.

Demokrasi – Plutokrasi ancaman kepada kepimpinan tulen

Pertamanya Talut, keduanya Daud dan ketiga adalah Sulaiman. Nabi Musa telah berjaya membawa Bani Israel ke sebuah negara baru untuk membina pemerintahan. Tetapi, saki baki ketakutan kesan daripada perhambaan ini masih wujud. Golongan berada, kaum pemodal, kelas kapitalis yang kaya-raya dalam Bani Israel ini mahu menjadi pemimpin, tetapi takut dan enggan berjuang untuk merebut negara.

Dan, ketika nama Talut dicadangkan untuk menjadi ketua Bani Israel, puak ini membantah. Disebutkan dalam al-Qur’an bahawa bantahan ini datang daripada orang kaya. Mereka ini menolak Talut hanya kerana sosok ini miskin. Secara tersiratnya, kepimpinan itu mestilah berada di tangan orang kaya. Hari ini, kepimpinan tertolak kerana tersilap mengisi borang pencalonan yang disediakan SPR dan juga kita tertolak kerana tiada wang pertaruhan. Kita memang mengamalkan demokrasi.

Tetapi, demokrasi ini ditentukan oleh insan kaya-raya atau demokrasi – plutokrasi. Tembok Besar China dan Tembok Berlin yang bernama demokrasi – plutokrasi ini akhirnya rebah dan roboh jika kita dijajah sebagai Bani Israel. Di era Talut itu golongan pemodal akhirnya mengalah setelah mereka sedar bahawa tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang mampu berdepan dengan Jalut.

Jadi mereka ini pun terpaksa menerima Talut sebagai ketua pada akhirnya. Dalam peperangan, Daud dengan izin Tuhan telah berjaya membunuh Jalut. Bermula dari situ nama Daud harum dan baginda mula diangkat menjadi raja bagi menggantikan Talut. Selepas Daud, Sulaiman mempamerkan kecerdasan pemikiran lalu baginda menjadi raja. Pada tahap Sulaiman inilah kuasa Bani Israel dilihat telah berada di tahap tertinggi.

Tapi, ketiga-tiga raja ini telah pun berusaha keras di zaman mudanya atau di zaman mahasiswa mereka untuk membantu kaumnya yang tertindas akibat penjajahan. Apakah pelajar boleh bangun sebagai pemimpin hanya berbekalkan sistem organisasi dan struktur? Semua sistem dan struktur yang dinamakan amir jemaah, naib amir bukan kayu ukur. Pemimpin bukan dinilai dari sudut itu. Ia berkaitan dengan kesungguhan dan usaha.

Kesimpulannya, kejatuhan sesebuah kaum itu bukanlah kerana rakyatnya pemalas, bodoh dan penakut. Sesuatu kaum menjadi lemah kerana memiliki pimpinan yang malas berfikir lantaran sibuk mengkayakan dirinya sendiri, bebal bertindak dan takut dengan musuh dari luar. Ringkasnya, demokrasi – plutokrasi inilah antara salah satu penyebabnya. Seperti mana titik mula perubahan kebangkitan Bani Israel bermula pada era Musa, yang kemudiannya disambung oleh warisan Talut, Daud, Sulaiman, seperti itulah kita perlukan gerakan pelajar yang merakyat di universiti seperti Farmer dan lain-lain sosok tegar, sifar gentar dan kental spiritual untuk memimpin pergerakan ini.

Merekalah benih kekuatan yang akan mencambahkan bentuk pemerintahan baru. Nota: Catatan ini terilham daripada satu perbualan ketika resah gelisah ini diutarakan oleh saudara Lutfi pada satu malam di mana beliau menyebutkan wujudnya ‘rantaian ketakutan’ dalam kalangan pimpinan mahasiswa pembangkang yang akhirnya diwariskan ke alam kerjaya selepas berijazah. Insya Allah, dalam keluaran berikutnya, kita cuba perincikan situasi ini.

Dalam respon awal, tiba-tiba terloncat dari lidah saya tanpa dikawal akan istilah ‘mujaddid pelajar’ yang diharapkan boleh memutuskan rantaian dan putaran, kitaran ketakutan selama ini.   oleh Ali Bukhari Amir ( wartawan / kolumnis Harakah )

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,823 hits
Kalendar
Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  
%d bloggers like this: