KUASA KERAJAAN SEMENTARA JANGAN DISALAHGUNA

Sementara semua menunggu tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan undangan negeri dengan penuh debaran , satu aspek yang sering terlupa diberi perhatian ialah bidangkuasa kerajaan sementara ( care-taker government). Sememangnya hal ini tidak diperhatikan oleh pendesak pilihanraya yang bersih dan adil , namun hal inilah yang sepatutnya menjadi perhatian pokok.

Setidak-tidaknya rakyat perlu tahu apakah batas-batas kuasa yang ada bagi sebuah Kerajaan sementara sebelum sebuah kerajaan yang baru ditubuhkan selepas keputusan pilihanraya diperolehi.

Kami berpendapat bahawa pihak parti yang memerintah sering mempunyai kelebihan dalam kempen lantaran secara umumnya ia boleh menggambil kesempatan untuk mengguna segala kemudahan kerajaan dalam kempen tanpa boleh dipersoal.

Sepatutnya kerajaan sementara yang terdiri dari Perdana Menteri dan ahli Kabinet serta agensi-agensi yang maseh berfungsi berhati-hati dalam menggunakan kemudahan awam bila berkempen dfalam keghairahan untuk mengekalkan kuasa. Di Negara-negara lain seperti Australia ada amalan memastikan segala konvensyen yang termaktub dalam peraturan kerajaan sementara dipatuhi. Ini adalah bertujuan untuk memastikan tiada pihak parti yang bertanding mempunyai peluang yang lebih dalam berkempen melalui penggunaan kemudahan awam.

Namun sayangnya di Malaysia selama 11 kali pilihanraya kerajaan sementara telah menyalahguna kuasa dengan sewenang-wenangnya sehingga semua agensi diguna untuk dikerah membantu kempen kerajaan yang memerintah.

Akan kelihatan kegejolohan parti pemerintah tanpa segan silu mengguna premis sekolah , masjid , TV , semua agensi dan kakitangan kerajaan untuk berhabisan-habisan membantu kempen atas nama program kerajaan.

Peruntukan yang kononnya adalah hak kerajaan diguna sepenuhnya sehingga parti lawan tidak punya peluang samasekali untuk menyaingi kempen pihak parti yang memerintah.

Soalnya walaupun acara-acara yang dilancarkan mengguna peralatan dan kemudahan agensi kerajaan , ia jelas dieskploitasi semahunya untuk berkempen dengan mengenengahkan logo-logo parti secara terang-terangan.

TERAS mengesa supaya pihak parti yang kini memerintah mengamalkan sikap yang bertanggungjawab ketika berkempen . Kami juga mengesa semua kakitangan kerajaan mengetahui batas-batas kuasa yang dizinkan bagi sebuah kerajaan sementara agar tidak berlaku salahguna kuasa yang akan menjejsakan integriti pilihanraya.

Semua pihak yang terlibat dalam pilihanraya terutama SPR sepatutnya bertegas agar tiada premis dan kemudahan kerajaan digunakan untuk berkempen atas nama program kerajaan sementara.

Rakyat perlu memantau sikap dan perilaku pilhanraya semua pihak yang bertanding untuk tidak mencemar agensi awam dengan kempen-kempen yang memihak kepada sesuatu parti . Rakyat perlu menilai bahawa sebarang salahgunakuasa kerajaan sementara adalah suatu pencemaran dan merosakakn imej demokrasi yang dikatakan menjadi amalan di Negara ini.

Lantara itu TERAS kesal sehingga hari ini secara terang-terangan agensi dan kemudahan awam nampaknya digunakan tanpa berasa bersalah . Paling memualkan ialah pemimpin-pemimpin kerajaan tidak malu-malu menyatakan bahawa semua wang yang kini ditabur , dan hakmilik tanah yang diberi serta segala projek yang diumumkan bukan kerajaan pilihanraya.

Kami mengesa supaya PR 12 kali ini benar-benar menunjukkan kematangan dalam berpolitik dikalangan rakyat . Rakyat perlu mengetahui hak dan tanggungjawab dalam menilai sebarang penyeleweangan dalam proses pilihanraya yang diamalkan oleh semua parti yang bertanding. Kebijaksanaan rakyat hendaklah mendahului keghairahan untuk mendapat habuan sementara oleh kerajaan sementara. Yang penting ialah proses pilihanraya kali ini mendewasakan demokrasi yang semakin hilang integritinya di negara ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,682 hits
Kalendar
Februari 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  
%d bloggers like this: