Ayat al-Quran jadi panduan berkempen

TEMPOH berkempen selama 13 hari yang diperuntukkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pasti akan menjadi suatu medan perang yang bakal menempa berbagai-bagai reaksi daripada kesemua parti yang bertanding.

Walaupun garis panduan serta etika berkempen telah dinyatakan oleh pihak yang berwajib, budaya agresif kempen pilihan raya pastinya senang terdedah kepada suasana yang tidak sihat seperti mencaci pihak musuh, membuka keaiban dan sebagainya.

 

Untuk itu, pihak SPR perlu menggunakan kaedah yang lebih efektif untuk terus menjamin suasana kempen yang sihat iaitu dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran memandangkan majoriti parti-parti yang bertanding adalah penganut agama Islam.

 

Pendekatan ayat-ayat al-Quran sebagai medium pengimbang adalah amat berkesan kerana ia mampu menerobos terus ke benak pihak yang berkempen.

 

Pihak SPR disarankan agar mengangkat notis ayat-ayat al-Quran berserta dengan terjemahannya sekali di seluruh negara terutama sekali di kawasan-kawasan yang dianggap sengit persaingannya.

 

Di antara ayat-ayat yang dapat disarankan ialah:

 Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutarbalikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

– (Al-Nisa’: 135)

 Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

– (Al-Ma’idah: 8)

 Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasiq (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiqnya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

– (Al-Hujurat: 11)

 Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

– (Al-Isra’: 36)

 

Di samping menjadi peringatan kepada pihak-pihak yang berkempen, penggunaan ayat-ayat ini juga dapat menjadi bahan dakwah kepada bukan Islam tentang keadilan Islam sebagaimana yang digambarkan oleh al-Quran. Seterusnya membuang buruk sangka bukan Islam terhadap Islam atau ‘Islamofobia’. Selain itu, umat Islam perlu menjadi oportunis dengan menggunakan segala peluang yang ada untuk menyampaikan mesej al-Quran dan Islam sebagai suatu langkah untuk mempamerkan kesyumulan Islam kepada semua aspek hidup walaupun dalam persoalan kenegaraan dan etika berpolitik.

Oleh: ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM

PENULIS ialah pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

 

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,515 hits
Kalendar
Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  
%d bloggers like this: