MEREKA BERBELANJA JUTAAN RINGGIT , WANG SIAPA ?

TERAS menarik perhatian kepada suasana raya yang sedang dilalui seluruh rakyat Malaysia.Tanda yang paling ketara ialah bersilang-silang ratusan ribu, entah jutaan kain rentang , poster dan bendera BN yang menengelamkan poster parti paembangkang.

Di Rembau , BN mencipta sejarah dengan mengguna kapal terbang berlegar di awan dengan mengibarkan bendera BN ketika pencalonan di adakan.

Ditambah dengan jutaan ringgit wang ditaburkan kepada seluruh petugas BN dan pengundi , TERAS mengira bahawa tidak keterlaluan untuk mengatakan BN mengguna ratusan juta ringgit untuk kekal berkuasa.

Namun yang tetap menjadi tandatanya ialah wang siapakah yang telah diguna ? Sumber dari mana BN melonggok wang untuk berkempen dalam pilhanraya ke 12 ini ?

Jika dijumlahkan dengan seluruh jentera kerajaan yang diguna oleh BN untuk turut dimanfaatkan dalam berkempen seperti TV dan Jabatan KEMAS, Jabatan Belia, Jabatan Kebajikan, Pejabat Daerah, serta Jabatan Pelajaran, angkanya akan mencecah berbilion ringgit.

Kami merumuskan selain taukeh-taukeh tradisi yang melambakkan wang untuk BN ( sebenarnya sebagai pelaburan untuk jangkapanjang mereka), perbelanjaan kempen BN itu sebenarnya adalah dikaut dari wang rakyat.

Tidak dapat dinafikan bahawa wang rakyatlah yang diguna untuk menabur rasuah politik yang ketara diamalkan oleh parti yang sudah kemaruk dengan kuasa.

Kerakusan untuk mengekalkan kuasa lebih terserlah tatkala , pemimpin-pemimpin BN saling melobi untuk disenaraikan diri dalam pencalonan. Kami tidak terkejut , proses melobi itu sendiri melibatkan wang jutaan ringgit.

Demikian gelojohnya mereka yang mahu terus berkuasa, akan dilihat oleh rakyat bahawa BN bukan lagi sebenarnya sebuah parti yang benar-benar untuk berkhidmat , malah menjadi sebuah tapak untuk mengaut keuntungan yang lumayan dalam berpolitik.

Sudah sampai masanya rakyat celik politik dengan menilai tingkahlaku dan tabiat berpolitik sebuah parti berkuasa yang tidak mempedulikan amanah rakyat , tidak mengendah semada itu kemudahan parti atau kemudahan kerajaan , tidak merasa bersalah bila memaksa kakitangan kerajaan dikerah untuk melakukan kerja kempen untuk parti pemerintah.

Diambil kira semuanya ini , wang rakyat digembeleng seluruhnya atas nama kerajaan BN untuk membantu rakyat.

TERAS tidak dapat mengelakkan rumusan betapa ini adalah amalan korupsi dan salahguna kuasa berskala mega. Tiada siapapun yang berani mempersoalkan tindakan calon-calon BN yang mengguna semua kemudahan awam untuk berkempen.

Dikala wang diusung sehingga dilaporkan berkarung-karung wang tunai ditabur kepada petugas BN dan suapan diedarkan kepada pengundi sangat berleluasa, rakyat kelihatan dilayan bagaikan makhluk bodoh yang didorong hanya dengan nafsu perut semata-mata oleh BN.

TERAS dengan ini mengingatkan rakyat bahawa mereka perlu sedar dan faham betapa PR 12 seperti pilihanraya terdahulu sudah lama tercemar oleh perilaku BN dalam berkempen.

Jika rakyat Malaysia terus membiarkan hal ini dilakukan tanpa rasa malu dan hina oleh BN , maka rakyat tidak harus bersungut jika penyelewengan menjadi suatu yang tetap dan pasti di negara ini untuk dulu , kini dan selama-lamanya.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,556 hits
Kalendar
Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  
%d bloggers like this: