BANGSA MELAYU TIADA PILIHAN , JIKA MAHU SELAMATKAN GENERASI MASA DEPAN – TOLAK CALON DARI PARTI YANG MENYELEWENG

TERAS meneliti perjalanan PR12 dengan penuh perhatian. Sifir politik orang Melayu nampaknya memerlukan anjakan besar. Sementara kita mahu negara ini terus aman dan makmur melalui kehidupan yang harmonis antara kaum , namun kedudukan orang Melayu tidak boleh terus dimangsakan oleh parti yang mempunyai rekod penyeleweangan yang sangat ketara.

Kami menliti dengan objektif kenapa sifir politik orang Melayu perlu diberi perhatian bersungguh. Bermula dari keghairahan UMNO yang beria-ia benar untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam Kelantan, mereka tidak pula menghiraukan keperluan untuk memerintah Pulau Pinang. Mereka nampaknya begitu berkompromi dengan apa yang sedang dialami oleh orang Melayu di bekas pulau mutiara itu. Kaedah yang diambil

oleh UMNO ialah biarkan orang Melayu terus menagih simpati dan terpaksa berkorban di Pulau Pinang demi menjamin BN memerintah walaupun orang Melayu hidup melarat di negeri itu.

Kami sangat kecewa dengan UMNO yang tidak nampak mampu mengatasi persoalan Melayu Pulau Pinang. Suara dan teriakan orang Melayu tenggelam terus bila disenyapkan hanya dengan resolusi demi resolusi dalam pelbagai Konvensyen dan Seminar. Bukan sahaja ujud pelbagai agensi Melayu yang ditubuh untuk membantu nasib orang Melayu di Pulau Pinang gagal melaksankan tanggungjawab, malah kuasa UMNO yang ada disalahguana untuk memperkayakan segelintir golongan elit politik mereka.

Akibatnya Melayu terbanyak maseh terus berada dalam pinggiran pembangunan negeri ini.

Lantaran itu orang Melayu harus celik dari kelalaian yang telah menyebabkan bangsa ini sering menjadi mangsa kepada manipulasi kelompok yang berkepentingan.

PR12 yang sedang dilalui sekarang merupakan peluang yang sangat perlu diambil kesempatan bagi menganjak kedudukan politik Melayu di negara ini.

Kami berpendirian bahawa generasi masa depan orang Melayu mesti diselamatkan dengan memastikan kuasa yang dimandatkan kepada mereka yang akan menerajui pemerintahan berada ditangan parti yang tidak menyalahguna kuasa sesuka hati. Kita mahu sebuah kerajaan yang diterajui oleh mereka yang bukan sahaja mempunyai kemahuan poltik yang tinggi malah perlu menghayatai kejujuran politik yang murni.

Kami tidak melihat elemen kejujuran politik berada ditangan pemerintahan yang sedia ada berdasarkan pelbagai isu peminggiran orang Melayu terbanyak yang semakin kronik. Kami juga tidak nampak kejujuran politik dikalangan kepimpinan pemerintah kini dalam hal mempertahankan tanah Melayu , bahasa dan budaya Melayu dan ekonomi Melayu. Anjakan politik yang perlu dilakukan ialah kawasan pilihanraya yang majoriti orang Melayu perlu beralih kepada calon yang mewakili perjuangan Melayu Islam yang murni. Kita tidak boleh membiarkan orang Melayu menjadi alat kepada calon dari parti politik yang terus menyalahguna kuasa dan mengamalkan rasuah dan kronisme.

Sesungguhnya generasi Melayu selanjutnya akan menjadi mangsa kepada pelbagai kerosakan pemikiran, sikap, jati diri dan pegangan hidup jika kepimpinan Melayu yang sedia ada tidak dirombak. Jika ini juga tidak berdaya dilakukan kami menyarankan agar semua calon-calon PR12 kali ini dikalangan bangsa Melayu bangkit serentak di semua institusi untuk menggerakkan semua kakitangan ke arah membina semula sikap dan pemikiran orang Melayu..

Bukankah kepimpinan Melayu yang telah berkuasa 50 tahun inilah yang telah mengakibat budaya politik wang, politik kotor dan politik penting diri berleluasa?

Tidakkah dengan sikap berfoya-foya ramai kepimpinan Melayu muda yang dicorak oleh parti politik Melayu itu yang telah menjadikan budaya hidup hedonistic berkembang ? Bukankah mereka yang melaungkan ”hidup Melayu” dalam Perhimpunan Agong setiap tahun itu jugalah yang saling cantas-mencantas untuk merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi yang menyediakan pelbagai peluang untuk menjadi kaya-raya?

Berdasarkan itu TERAS mengambil sikap bahawa PR12 kali ini harus membawa anjakan besar dalam sikap berpolitik dikalangan orang Melayu. Sudah tiba masanya kita kembali mengingatkan diri kita kepada tanggungjawab untuk mempertahan dan membangun keagungan orang Melayu yang telah dipupuskan oleh mereka yang bergelar YB di Parlimen , Dewan Negara serta Dewan Negeri .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,556 hits
Kalendar
Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  
%d bloggers like this: