SUARA DAN MASA DEPAN MELAYU YANG TIDAK DIBELA

“Kita mempunyai 24 Menteri Kabinet dikalangan Melayu atau lebih 71% dari konponen Jamaah Menteri , 13 buah Majlis Agama Islam negeri , lebih 80 % kakitangan kerajaan ( hampir 1 juta orang ) berpangkat tinggi dan rendah dari kalangan orang Melayu , lebih 80 agensi awam yang sepatutnya memberi fokus kepada orang Melayu , hampir 20 IPTA yang sepatutnya membina sumber manusia Melayu …

Namun tatkala lebih 500 Sekolah Agama Rakyat di nafikan hak bantuan perkapita, tuntutan memperkukuhkan bahasa Melayu disuarakan agar terus menjadikannya sebagai pengatar kepada pendidikan negara , lebih sejuta hektar Tanah Rizab Melayu hilang dari tangan orang Melayu , 2-3 perkampungan tradisional Melayu lenyap setiap tahun atas nama pembangunan , tuntutan untuk bertindak ke atas mereka yang cuba dan sedang memurtadkan orang Melayu …. suara bangsa Melayu diremehkan , bantahan Melayu diketepikan, memorandum Melayu tidak dilayan , perhimpunan Melayu dituduh penghasut , petisyen Melayu dianggap menyusahkan , pernyataan dan resolusi orang Melayu dilihat tidak berharga …..

Maka Kami menyeru bangsa Melayu agar membuat perhitungan yang bijak dan segera untuk memperbetulkan kepimpinan Melayu yang kian rosak dan lupa daratan. Kami menuntut setiap calon Melayu yang ghairah untuk merebut kerusi agar membuktikan apakah suara Melayu akan diperkirakan lagi.

Kami menuntut supaya seluruh pengundi Melayu menegaskan penolakkan kepada mana-mana calon yang mewakili parti politik yang menyebabkan bangsa Melayu kini merempat di bandar-bandar , menagih belas kesian untuk menyambung hidup , merasuah untuk mengkayakan diri dan sanak-saudara , melenyapkan kampung Melayu, mengizinkan kerosakan akhlaq anak muda Melayu berleluasa , menjadikan bahasa Melayu melutut di tepi gantang , menghakiskan aset orang Melayu di tanah air ini.

Tuntutan TERAS , kembalikan maruah bangsa ,perkukuhkan penghayatan agama, beranikan diri untuk merubah kepimpinan nusa untuk masa depan bangsa yang lebih

bermartabat”

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,014 hits
Kalendar
Februari 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  
%d bloggers like this: