Biodata Dato’ Sheikh Azmi bin Ahmad

Dilahirkan di Batas Liku, Arau, Perlis pada 10 Ogos 1943. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Arau. Kemudian menyambung pengajian menengah di Sekolah Arab Alawiyyah Arau. Setelah tamat pengajian menengah, anak kedua kepada pasangan Hj. Ahmad Bin Long dan Melor Binti Musa ini kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Baghdad, Iraq dalam bidang pengajian Pengajian Syariah & Kesusteraan Arab sehingga memperolehi B.A dalam bidang tersebut.

Setelah kembali ke tanah air, beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan Balkis Binti Musa pada bulan April, 1971 dan kini mempunyai 8 orang anak (2 perempuan dan 6 lelaki). Pada mula kerjayanya bertugas sebagai Pegawai Penerangan Agama di Jabatan Hal Ehwal Agama, Perak. Setelah itu, dilantik menjadi Khadi di Kedah sebelum dilantik menjadi Timbalan Khadi Besar di Kedah. Ketika bertugas di Alor Setar ini, beliau pernah mengikuti kursus Pengajian Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1987) dan memperolehi Diploma Kehakiman dan Pentadbiran Hukum Syara’ dan kemudiannya mengikuti kursus di The Muslim Collegge, London (1990) selama 6 bulan.

Sekembalinya ke tanah air, beliau dilantik sebagai Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di Alor Setar, Kedah sehingga bersara pada tahun 1991. Setelah bersara, beliau bekerja sebagai Mufti Pulau Pinang (1992 – 1997) dan sebagai Ketua Hakim Mahkamah Syarie Pulau Pinang (1998 – 1999). Jawatan terakhirnya ialah dilantik sebagai Y.A.A Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan) (Febuari – April 1999) sebelum meletak jawatan dan memasuki arena politik tanah air.

 

 

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,480 hits
Kalendar
Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: