ISLAM REALISTIK – SEJAK BILA ADA ISLAM YANG TIDAK REALISTIK ?

TERAS kesal dengan kenyataan TPM Datuk Seri Najib yang menyatakan bahawa rakyat perlu menerimaa Islam yang realistik. Bukan saja kami melihat ini adalah suatu hujah politik yang sangat melampau ia juga adalah sangat menghina agama Islam.

Dengan mengatakan BN hanya akan melaksana Islam yang realistik bermakna seolah-olah ada Islam yang tidak realistik. TERAS berpendapat untuk merasionalkan sokongan rakyat kepada parti kerajaan dengan berhujah sedemikian adalah tidak wajar dan menjurus kepada makna bahawa Islam perlu disesuaikan dengan keadaan dan bukan sebaliknya.

Disaat kekeliruan yang datang dari pelbagai pihak yang mahu menjadikan Islam sebagai sistem hidup yang bersifat peribadi , kini pemimpin Negara pula berusaha untuk menyakinkan bahawa hanya Islam yang realistik sahaja yang boleh dilaksanakan.

Sebenarnya pandangan ini tidak jauh dari faham sesat Islam liberal yang kini sedang merebak di Indonesia oleh golongan yang ditaja oleh kuasa baarat yang mahu merubah Islam dari dalam. Islam realistik bukan sahaja bermakna peraturan Islam dalam kehidupan individu , keluarga , masyarakat mahupun Negara perlu diubah malah Islam akan diguna untuk memenuhi selera semasa untuk menyokong kehendak kuasa Barat.

TERAS mengesa pihak yang ghairah untuk mendapat kuasa tidak terlalu berani mengeluarkan pandangan yang tidak berasaskan ilmu Islam yang betul. Dengan berhujah secara liar sebegitu akan merosakkan bukan sahaja tuntutan Al Quran dan As Sunnah tetapi juga akan menyebabkan masyarakat terperangkap dengan faham-faham sesat yang merbahaya.

Kami meminta supaya mereka yang mahu berhujah dengan berdalilkan Islam hendaklah lebih bertanggungjawab dan beramanah dengan ilmu Islam agar tidak menyebabkankerosakkan kepada umat Islam yang lebih parah.

Apa yang perlu dilaksanakan bukan melihat kepada realiti dan menyesuaikan Islam dengan keadaan semasa tetapi berusaha merubah keadaan untuk akhirnya sesuai dengan tuntutan Islam.

Alasan Najib bahawa hanya BN yang lebih realistik dalam melaksanakan Islam mestilah ditunjukkan dengan bukti. Jika jelas bahawa banyak yang sepatutnya dilaksanakan mengikut apa yang dituntut oleh Islam tidak dilaksanakan maka hujah beliau tidak lebih dari hanya kerana terlalu bernafsu untuk menang pilharanraya.

TERAS tidak dapat menerima pemikiran seperti ini dalam pertarungan politik. Bagi kami Islam hendaklah dijadi matlamat pemerintahan dan bukan sekadar untuk memenangi hati rakyat untuk memacing undi.

Dengan sekadar mahu mendapat undi seorang pemimpin tidak memperdulikan semada apa yang diungkap akan mengelirukan orang ramai maka kami berpendapat kepimpinan seperti ini perlu ditolak.

Cukuplah banyak tuntutan Islam sudah tidak dipeduli oleh pemerintah . Bukan sahaja dalam sistem kerajaan malah juga dalam penghayatan kehidupan seharian pemimpin sendiri tidak menghayati Islam sepenuhnya. Ini telah menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat bukan Islam malah semakin menyebabkan orang Islam sendiri menjadi kacau dalam kefahaman terhadap Islam .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,907 hits
Kalendar
Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: