RAKYAT MENYERLAHKAN SIKAP , SEMUA PEMIMPIN BANGSA PERLU PEKA

9 hb Mac 2008


TERAS melihat perkembangan politik mutakhir Negara dengan penuh pertimbangan yang cermat dan sangat teliti. Angin perubahan yang ditunjuk oleh rakyat ternyata adalah sebuah gempa bumi bagi semua pihak. Bagi BN ia adalah suatu gempa yang meruntuhkan , manakala bagi BA adalah gegaran yang juga diluar jangka.

TERAS lebih prihatin terhadap implikasi dari keputusan PR 12 yang terbaru ini. Iaitu sejauhmana setiap pemimpin bangsa Melayu yang terjun dalam pertempuran politik pilihanraya kali ini membuat perhitungan yang strategik.

Sementara memang perubahan dinanti-nantikan , akan tetapi adalah lebih penting agar semua pemimpin Melayu dengan lebih jujur melihat masa depan bangsa secara yang lebih serius. Semua perlu jujur dan mengambil sikap merentas kepentingan kelompok , jauh sekali kepentingan peribadi untuk memikirkan kedudukan bangsa dalam jangka pendek dan jangka panjang.

TERAS berpendapat sudah sampai masanya semua pemimpin bangsa Melayu duduk semeja dan berbincang mengenai nasib bangsa secara menyeluruh . Bukan dengan sikap chauvinis akan tetapi dengan melihat bagaimana keupayaan bangsa dapat disatukan dan memastikan kedudukan Melayu dalam negara ini dapat diperkukuhkan.

Sesungguhnya kami berpendapat jika sikap fanatic kumpulan terus menajam dikalangan bangsa Melayu , bukan sahaja ini akan menggugat keutuhan negara malah ia akan membuka kepada rongkaian segala yang dimilikki oleh bangsa ini sebagai bangsa yang beraqidah dan berjati diri Islam.

Keperihatinan kami adalah berasas. Landskap politik negara menerusi pola yang sedia ada dikalangan masyarakat Melayu tidak akan semakin mengukuh jika kita tidak secara jujur memperakui bahawa asas perpaduan dan keutuhan kita hanya terletak kepada Islam. Disamping itu kekentalan sifat keMelayuan yang semakin terhakis akan mempercepatkan keruntuhan bangsa ini.

Lantaran itu TERAS memnyentuh setiap sanubari insane Melayu agar berusaha keras menambat kembali bangsa ini dalam satu kesatuan dan kesepakatan yang berteraskan Islam. Berganjak dari ini , kita melaksanakan penyatuan dan pencatuman yang murni demi agama , bangsa dan tanah air.

Perhitungan kami bahawa sementara negara ini perlu diperbetulkan arah tujunya dari segi model pembangunan dan kepimpinan yang sedia ada , akan tetapi tunjangnya harus tidak terkeluar dari kerangka dan konsep Islam yang menjadi pengukuh bangsa Melayu.

Dengan konsep dan landasan ini sahajalah kita boleh mempertahankan kedudukan kita dalam kehidupan berbangsa dan beragama di negara ini.

TERAS dengan ini menyeru agar semua pihak mengenepikan sebarang perbedaan yang merenggangkan kita dan mencari titik persepakatan yang sangat diperlukan.

Sesungguhnya kuasa politik hanyalah wasilah kepada sebuah matlamat yang lebih besar. Politik bangsa yang semakin tergugat akan menyebabkan bangsa ini terjerumus dalam bahaya yang lebih parah.

Bagi pemimpin-pemimpin Melayu dalam BA dan BN ,kami mengingatkan. Sementara kita meraikan kesejahteraan untuk semua tanpa mengira ras dan agama sebagai sebuah tanggungjawab yang terbeban ke atas kita , kami juga mengingatkan agar bangsa Melayu sebagai bangsa teras di negara ini tidak mengalami penghakisan dalam kedudukannya yang telah disepakati selami ini.

Lantaran itu kami mengajak semua kepada suatu pertemuan hati ke hati untuk merawat luka yang semakin membarah dikalangan bangsa ini. Demi mengelakkan kita dilaknat dan menerima maki seranah generasi mendatang.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “RAKYAT MENYERLAHKAN SIKAP , SEMUA PEMIMPIN BANGSA PERLU PEKA
  1. Zoyak berkata:

    Kepada Sdra Mohd Azmi.
    Tahniah dari seorang abang, Saya ialah Yusof Ibrahim dari Lipis Pahang. Ini adalah kesempatan untuk menghubungi rakan lama. Rakan ketika di kampus UPM dulu. Alamat: SMK Padang Tengku, 27100 Padang Tengku, Lipis, Pahang. HP 0122251270 / Rumah 09-3291292. Harap dapat menghubungi melalui email atau telefon. Sekian. TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,201 hits
Kalendar
Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: