TERAS BANTAH PENGHAPUSAN DEB DI PULAU PINANG

Surat

13 hb Mac 2008


TERAS membantah keputusan Ketua Menetri Pulau Pinang , Lim Guan Eng yang mengumumkan penghapusan DEB dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

Kami tidak melihat masalah terhadap DEB melainkan hanya pelaksanaannya yang sebenarnya telah diseleweng oleh kerajaan BN yang ada sebelum ini terutama dikalangan kepimpinan elit UMNO.

Dasar DEB yang telah diperkenalkan adalah bertujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat agar tidak wujud polarisasi kekayaan berdasarkan kaum.

Jika matlamat serampang dua mata ini yang termaktub dalam DEB yang telah diperkenalkan pada 1970 , apakah masalahnya untuk kita melanjutkannya dengan menggunakan mekanisme yang lebih telus dan bersih dari penyelewengan .

TERAS kesal kegelojohan Ketua Menteri ini yang nampaknya terlalu ghairah untuk menunjukkan seolah DEB itu semasekali tidak baik.

Kami mengakui sememangnya ujud banyak salahguna kuasa yang telah mengakibatkan segolongan elit orang Melayu mengaut kekayaan atas nama status bumiputra. Dan penyelewengan ini telah berlanjutan sehingga mewujudkan amalan rasuah dan politik wang yang parah. Bagaimanapun tidak boleh dinafikan bahawa matlamat dan hasrat disebalik DEB sememangnya murni dan sepatutnya tidak ditolak secara pukal. Jika adapun nama lain yang hendak diperkenalkan , matlamat DEB tersebut sepatutnya diteruskan.

TERAS berpendirian bahawa DAP jangan terlalu sempit dalam pemikirannya untuk menafikan wujudnya reality yang berkaitan dengan matlamat DEB itu yang sebenarnya masih relevan sehingga kini. Dengan sistem ekonomi pasaran bebas yang terus diamalkan oleh negara hingga sekarang akhirnya akan meminggirkan golongan yang maseh lemah. Menghapuskan DEB akan mengujudkan situasi yang akan bertambah tempang dari segi kekayaan negara diantara kaum.

Kami yakin bahawa DAP sebagai peneraju kerajaan Pulau Pinang tahu bahawa majoriti kaum bumiputera di Pulau Pinang kini maseh keterbelakang dari sudut ekonomi. Malah kawasan kaum Melayulah yang telah melalui proses peminggiran akibat pembangunan yang telah dilaksana oleh kerajaan BN.

Lantaran itu untuk menghapuskan DEB secara gelojoh seperti ini adalah suatu tindakan yang akan mengarah kepada ketidakadilan sosial yang merbahaya. Kami mendesak supaya kerajaan Pulau Pinang menumpukan perhatian kepada mengimbangkan pembangunan ekonomi dikalangan golongan yang terpinggir di negeri ini.

Penghapusan DEB sebagai suatu dasar menunjukkan bahawa DAP tidak peka kepada kesan ekonomi pasaran bebas yang kini telah meluaskan jurang kaya miskin antara kaum yang cuba diatasi melalui DEB.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “TERAS BANTAH PENGHAPUSAN DEB DI PULAU PINANG
  1. umara says:

    Tindkan Lim hendak menghapuskan DEB menunjukkan pemimpin baru Pulau Pinang tidak memahami sejarah.Janganlah marahkan nyamuk kelambu dibakar.Golongan Melayu yang tertinds perlu dibantu.Demikian juga dengan kaum India dan Cina. Lim Guang Eng perlu melihat dengan kepala yang dingin. Mengikut emosi marah tidak akan memana.Jangan marahkan pemimpin UMNO rakyat yang menjadi mangsa.
    Kita mengharapkan Lim Guan Eng ada kematangan dalan soal ini. Ok Brother Anwar Ibrahim jangan asyik beretorika sahaja. Yang makan besar ialah jerong-jerong. Jangan guna pukat tarik,tarik semua anak ikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,883 hits
Kalendar
Mac 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: