PEMIKIRAN POLITIK MELAYU PERLU TRANSFROMASI BESAR

Kenyataan Media

15 hb Mac 2008

TERAS melihat perkembangan politik negara kini dengan perasaan bangga bercampur cemas.Bangga kerana akhirnya suatu anjakkan telah dilakukan oleh rakyat Malaysia akibat terlalu jemu dengan hegemoni BN sejak 5 dekad yang lalu. Cemas kerana melihat polimik bangsa Melayu dalam menentukan kuasa semakin nampak celaru.

Kami berpendapat jika bangsa Melayu ini dibiar terus dipimpin oleh pemimpin yang feudal , kuasa penentu di negara ini akhirnya akan beralih kepada golongan yang mengamalkan politik tembolok sendiri.

Sudah ujud tanda-tanda yang menunjukkan setelah 6 negeri dikuasai oleh gerakan reformasi rakyat , UMNO yang selama ini mendakwa menjadi tunjang kepada orang Melayu ternyata menghadapi kemelut yang semakin parah.

Nampaknya perebutan dalaman akan menjadi sengit dan mereka yang sudah sedemikian lama mengecapi kesenangan hasil dari politik kroni dan politik wang yang sudah sinonim dengan UMNO , bakal melihat pemimpin-pemimpin UMNO saling mencantas antara satu sama lain.

Keadaan yang parah ini juga nampaknya dapat dihidu oleh pihak Istana sehingga pergolakkan melantik Menteri Besar di Perlis dan Trengganu menghadapi kebuntuan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Sementara Perdana Menteri terus menggambarkan BN masih selesa dengan majoriti mudah sebanyak 140 kerusi Parlimen untuk memerintah , namun tekanan yang sedang dihadapi oleh DS Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden BN dan UMNO semakin meniti di atas titian yang sangat berisiko.

Sesetengah pemimpin UMNO kini bermain dengan strategi “melontar batu , sorok tangan”. Sepanduk mendesak agar PM meletakkan jawatan direncana oleh dalang sesama mereka , tetapi masing-amsing menyatakan memberi sokongan penuh kepada PM. Sikap munafik ini kini berleluasa dalam UMNO yang menghadapi krisis paling parah dalam sejarah.

Kini dengan pertembungan dalam UMNO tidak dapat di selindung lagi walaupun usaha nyawa-nyawa ikan untuk menyerang PAS dan PKR masih berbunyi.

Dilema besar orang Melayu bukan sebenarnya berkait dengan isu siapa yang akan mengambil alih untuk memimpin UMNO dan negara.Akan tetapi yang lebih mencemaskan orang Melayu kini ialah bagaimana suara dan kepentingan orang Melayu dapat diperjuangkan dalam keadaan wakil orang Melayu sebagai ahli Parlimen mengecil.

Walaupun keyakinan bangsa Melayu menunjukkan ada perubahan sedikit untuk memberi mandat kepada PAS dan PKR namun orang Melayu resah melihat wadah politik orang Melayu yang kini hancur gara-gara pemimpin UMNO yang mengkhianati amanah bangsa.

TERAS kecewa , masih ada pemimpin UMNO yang tidak reda dari sikap angkuh dan sombong sehingga secara biadap menuduh orang Melayu yang beralih kepada PAS dan PKR sebagai mengkhianati bangsa sendiri.

Sebenarnya pemimpin-pemimpin UMNO itulah yang selama ini telah membawa kepada perpecahan orang Melayu akibat diskriminasi dan tuduhan yang sangat tidak adil kepada orang Melayu yang membantah pemimpin Melayu UMNO yang selama ini menyalahgunakan kuasa untuk tembolok sendiri.

Lantara itu TERAS merumuskan sudah tiba masanya untuk orang Melayu melakukan transfromasi politik yang besar. Transformasi yang kami maksudkan ialah semua parti yang berteraskan orang Melayu sebagai ahlinya yang terbanyak perlu membersihkan diri dari mereka yang menyimpan niat untuk meraih kekayaan dan kesenangan atas nama perjuangan politik Melayu.

Kita perlu berani untuk menolak dan membersihkan mereka dari menjadi parasit kepada orang Melayu. Bangsa Melayu perlu berani menegaskan hanya mereka yang berjiwa Islam sepenuhnya akan diterima untuk menerajui perjuangan bangsa. Selain dari itu wajib ditolak.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
2 comments on “PEMIKIRAN POLITIK MELAYU PERLU TRANSFROMASI BESAR
  1. umara berkata:

    Sejarah awal perjuangan UMNO telah menunjukkan kepada bahawa UMNO tidak telus dan jujur dalam perjuangan. Lihat sahaja tokoh UMNP seperti Dato’Onn Bin Jaafar.Bukan Dato Onn menganggap perjuangan Islam itu bahawa kepada umat di Malaya ketika itu.Lihat juga tulisan Mustapha Hussein tentang Melayu dalam tahun 1946.(Meoir Mustapha Hussein,m.s.455,1999,DBP).Pemimpin Melayu Pulau Pinang seperti Dato’Azhar Ibrahim patut melihat perkara ini kalau beliau seorang yang perihatian.Gajah ddepan mata tidak nampak,kuman diseberang nampak! Dan yang menghina Raja Melayu ialah pemimpin UMNO seperti Dato’Nazri dan yang menolak KeTuanan Melayu ialah UMNO. Nampak benar perjuang UMNO sudah tidak relevan lagi.

  2. infogue berkata:

    Artikel di Blog ini bagus dan berguna bagi para pembaca.Anda bisa lebih mempromosikan artikel anda di Infogue.com dan jadikan artikel anda topik yang terbaik bagi para pembaca di seluruh Indonesia.Telah tersedia plugin/widget.Kirim artikel dan vote yang terintegrasi dengan instalasi mudah dan singkat.Salam Blogger!!!

    http://www.infogue.com/
    http://www.infogue.com/masalah_politik/pemikiran_politik_melayu_perlu_transfromasi_besar/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,612 hits
Kalendar
Mac 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: