Selamatkan Perpaduan Melayu

Kenyataan Media

14 HB MAC 2008

TERAS khuatir perkembangan terbaru hasil dari keputusan PR12 sedang cuba dicemari oleh golongan tertentu yang terus mahu memecahbelahkan orang Melayu.

Kami menyeru agar semua kepimpinan Melayu dari pelbagai pihak menunjukkan kesungguhan untuk segera mengembalikan penyatuan orang Melayu.

Kepentingan kelompok yang keterlaluan akan akhirnya merugikan orang Melayu dan menyebabkan kestabilan negara terjejas kerana bangsa Melayu adalah kaum teras dalam negara ini.

Kami mengesa agar semua pihak menimbangkan kepentingan Islam dan masa depan bangsa melebihi yang lain.

TERAS melihat implikasi suara orang Melayu akan semakin lemah jika kepimpinan Melayu tidak mahu duduk semeja dan berbincang demi kepentingan jangka panjang.

Sementara TERAS menolak kepimpinan Melayu yang korup dan menyalahguna kuasa , kami juga menuntut agar kepentingan bangsa jangan diperjudikan dengan politik yang hanya melihat jangka pendek.

Usaha perlu dilancarkan untuk suatu titik pertemuan yang murni dicapai dikalangan kepimpinan Melayu supaya umat Melayu tidak akan terus berkonflik sehingga pihak lain yang mendapat keuntungan.

TERAS ingin agar negara ini tidak akan hilang arah dalam pergelutan merebut kuasa sehingga isu sebenar bangsa Melayu diketepikan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden Pengupyaan Melayu

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,432 hits
Kalendar
Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: