KABINET YANG TIDAK MENYAKINKAN

Kenyataan Media

18 hb Mac 2008

TERAS melihat senarai Menteri Kabinet yang baru dilantik oleh PM tidak menyakinkan untuk membariskan jamaah Kabinet yang dapat memperbaikki masalah yang diresahi oleh rakyat.Ternyata mendatangkan semula beberapa orang yang telah pun mempunyai masalah dikaca mata rakyat kerana terlibat dengan salahgua kuasa adalah sesuatu yang jelas tidak membantu untuk memulihkan keyakinan rakyat.

Kami tidak nampak Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang dipileh untuk kali ini mampu membawa perubahan kepada rakyat desa melainkan hanya menghasilkan projek-projek yang lebih menonjolkan imej daripada membawa perubahan sebenar yang diperlukan oleh rakyat.

Adakah seorang yang sudah tercatat mempunyai rekod membawa jutaan ringgit tunai ke luar Negara boleh dilihat bersih untuk membangun masyarakat desa ?

Demikian juga melantik seorang peguam sebagai Menteri Undang-undang yang jelas mempunyai rekod cenderung untuk menyokong pemikiran sekular dan liberal mengenai Islam di Negara ini. Kami terpaksa menyatakan bantahan terhadap perlantikan Menteri dari orang yang yang cenderung untuk bersikap liberal kepada persoalan murtad.

Ini juga jelas kelihatan betapa menghadhirkan semula seorang Setiausha Parlimen JPM sebagai Timbalan Menteri yang dipersoalkan oleh rakyat mengenai pandangannya terhadap isu mencari nafkah melalui pelacuran , juga sangat disangsikan.

Soalnya kini orang ugama yang benar-benar mahu memurnikan imej kerajaan kerana sikap yang semakin liberal terhadap agama tidak kelihatan dapat dipileh dari golongan pemerintah yang ada.

Kelihatan juga barisan Kabinet yang dipileh PM tidak banyak melihat kredibiliti seseorang calon , melainkan membayangkan barisan yang boleh mengekal kuasa pihak tertentu dari digugat oleh pergolakkan yang sedang kencang berlaku dalam parti pemerintah.

Persoalan yang sangat besar yang diresah oleh rakyat ialah ketiadaan Menteri-menteri kerajaan Pusat dari mereka yang tegas dan berwibawa untuk membersihkan imej kerajaan. Barisan Kabinet yang dilantik kali ini maseh belum memperlihatkan kewibawaan untuk mengubati keresahan rakyat.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,883 hits
Kalendar
Mac 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: