Ubah Gaya Hidup Menteri Jika Rasuah Hendak Dibenteras

KENYATAAN MEDIA

21 Mac 2008w

TERAS mengalu-alukan kenyataan Ketua Pengarah BPR , Dato Ahmad Said Hamdan untuk mendedahkan kepada awam mengenai pengistiharaan harta Menteri , Timbalan Menteri termasuk isteri dan ahli keluarga mereka.

Kami berpendirian pendedahan kepada awam mengenai pengisitharan harta yang diwajibkan keatas semua Menteri dan Timbalan Menteri itu perlu juga termasuk Pendana Menteri.

TERAS juga menyokong bahawa pengistiharan harta perlu dilakukan dua kali setiap 5 tahun.

Kami mendapati budaya hidup mewah ramai pemimpin-pemimpin negara adalah suata tanda yang tidak sihat. Sejak politik menjadi kerjaya yang membuka peluang untuk meraih kekayaan terutama dalam kerajaan, telah mengakibatkan kemurniaan perjuangan politik sudah banyak tercemar.

Lebih parah lagi ujudnya ketidaktelusan yang berterusan sehingga rakyat semakin jelak melihat kemewahan hidup pemimpin politik peringkat atasan.

Walaupun kebanyakan sungutan rakyat mengenai gaya hidup mewah pemimpim-pemimpin politik atasan tidak dapat dibuktikan semada melebihi pendapatan mereka atau tidak , namun umum mengetahui bahawa memang dengan berkedudukan jawatan tinggi dalam kerajaan , memboleh sesorang itu mendapat segala kesenangan dan keistimewaan.

Kami melihat bukan sahaja persoalan pendedahan pengistiharan harta kepada umum amat wajar dilakukan, akan tetapi budaya yang telah dibenarkan oleh pihak pemimpin negara telah mengakibatkan hidup bermewah-mewahan menjadi jenama kebanyakan pemimpin elit.

Kini untuk kali ke berapa lagi , Perdana Menteri mengingatkan tentang perlunya para Menteri yang terlantik dalam Kabinet menjaga tabiat hidup yang suka menayangkan kereta mewah dan kediaman bertaraf mahligai.

TERAS  dengan itu bertanya juga  kenapa Perdana Menteri sendiri membiarkan dirinya dikelilingi pelbagai kemewahan semada dalam kehidupan peribadi mahupun kehidupan kaum keluarganya dan dalam urusan sebagai seorang pegawai kerajaan.

Sudah menjadi pengetahuan umum juga betapa membenarkan penggunaan pesawat khas yang menelan belanja ratusan juta ringgit , disamping ubahsuai kediaman resmi PM yang juga mengguna peruntukkan yang sangat tinggi nampaknya tidak dilihat sebagai pembaziran yang sudah lama dikecam rakyat.

Jika benar pihak PM dan BPR mahu menjadikan agenda memerangi salahguna kuasa dan rasuah sebagai usaha yang serius , maka  tuntutan agar akauntabiliti BPR diletak langsung di bawah Parlimen sepatutnya diterima sejak dulu lagi.

Sementara rasuah dan salahguna kedudukan dan kuasa masih menjadi gejala yang sangat parah di negara ini , kami mendapati PM masih tidak melihat punca budaya rasuah adalah akibat gaya hidup mewah pemimpin elit politik yang dipupuk oleh pihak parti pemerintah  yang diketuai oleh beliau sendiri.

Dengan gaya hidup yang serba mewah dari hal-hal yang kecil seperti songket , songkok , pen dan jam tangan hinggalah kereta dan perabut rumah yang super mewah.

Belum lagi membedah bagaimana mereka berbelanja dalam kenduri dan pelbagai hari sambutan. Ternyata kehidupan mewah mereka sudah menjadi jenama yang sukar untuk diubah.

Kenyataan Ketua Pengarah BPR itu hanya  suatu cadangan bagi memboleh gaya hidup para Menteri dan Timbalan Menteri didedah kepada rakyat . Akan tetapi untuk menjadi cara ini sebagai faktor pengubah tabiat hidup mewah mereka , kami berpendapat ini tidak akan berlaku.

Yang jelas pemimpin teratas sendiri tidak menunjukkan contoh untuk mengamalkan kehidupan sederhana.

TERAS berpendapat tabiat hidup mewah dan membiarkan barisan pemimpin atasan juga hidup dalam kemewahan akan berterusan selagi orang nombor satu negara tidak menunjukkan contoh.

TERAS melihat tabiat hidup mewah itulah yang telah membiakkan penyakit angkuh dan tidak mahu mendengar derita dan sungutan rakyat. Sebagai akibatnya kemarahan rakyat diterjemahkan dalam PR12 yang lalu.

Kami merasakan sudah sampai masanya contoh hidup sederhana yang ditunjuk oleh MB Kelantan menjadi ikutan semua pemimpin politik di negara ini. Tidak salah juga meneliti kehidupan sederhana Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad yang sangat sederhana itu , yang juga mensyaratkan semua Menterinya hidup dalam kesederhanaan, yang boleh juga diteladani oleh pemimpin-pemimpin politik negara ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,969 hits
Kalendar
Mac 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: