ISYTIHAR BILA MASUK ISLAM PERLU JAMIN PERLINDUNGAN

Cadangan bahawa setiap warga yang mahu memelukkan Islam sepatutnya mengistiharkannya kepada umum pada dasarnya adalah baik dan perlu dipertimbangkan. Alasan bahawa dengan mengistiharkan diri masuk Islam akan mengelakkan pihak yang berkenaan dari kerumitan masa depan disamping menjaga hak pasangan yang tidakmemeluk Islam adalah manasabah.

Akan tetapi dengan wujudnya insiden-insiden  adanya pihak yang memeluk Islam menghadapi masalah dengan keluarga dan masyarakat dari kaum sendiri telah menyebabkan hal ini tidak dapat dilakukan oleh mereka yang berkenaan. Malah dalam banyak insiden mereka tidak merasa cukup terlindung bila mengistiharkan diri telah memeluk Islam.

Oleh yang demikian TERAS berpendapat adalah lebih baik jika pihak berkuasa mencari suatu jalan bagaimana mengatasi segala masalah yang dihadapi oleh saudara baru yang selama ini tidak di tangani dengan baik.

Pihak pejabat agama perlu mempunyai bahagaian khusus yang dilengkapi dengan pegawai yang mencukupi untuk mengendalikan semua masalah saudara baru dari mula ia memeluk Islam sehingga urusan yang berkaitan dengan keluarganya dapat diselesaikan dengan sempurna.

TERAS khuatir dengan hanya meminta mereka mengistihar secara umum , masalah-masalah yang sering dihadapi oleh saudara baru akan terus menghambat hidup mereka.

Pihak berkuasa ugama serta institusi kehakiman syariah  perlu melihat secara terperinci semua isu yang berkaitan dengan masalah saudara baru terutama yang berkait dengan hak keluarga dikalangan mereka agar tidak berulang lagi masalah tuntutan yang telah menjadi kontroversi beberapa tahun ini.

TERAS mengesa agar pihak berkuasa ugama segera mengadakan perbincangan khusus mengenai persoalan saudara baru yang sering menjadi masalah sehingga hari ini.

Aduan mengenai jabatan agama yang tidak bersungguh dalam  membantu untuk merengankan kehidupan saudara baru perlulah denagan segera diatasi. Kami mengharapkan pihak berkuasa agama tidak menambahkan lagi kerumitan mana-mana warga yang memutuskan untuk memeluk agama Islam.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,823 hits
Kalendar
April 2008
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: