ISU SEKURITI MAKANAN BOLEH JEJAS KEDAULATAN NEGARA

Kenyataan Media

17 hb April 2008

TERAS mengesa kerajaan segera meneliti persoalan sekuriti makanan yang kini menjadi isu serius seluruh dunia sebagai isu utama bukan sahaja dari sudut bekalan akan tetapi juga dari sudut akses kepada makanan dan seterusnya melibatkan soal kedaulatan negara.

Kenaikan harga beras sekarang ini dan dijangka akan diekori dengan kenaikan harga makanan asasi yang lain memberi kesan yang sangat besar kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah.

Kesan kenaikan harga makanan sedunia yang sukar di bendung kini bukan sahaja boleh merebak kepada masalah ekonomi malah boleh meletuskan ledakan sosial dan politik yang tidak boleh dikawal.

Jika pergantungan makanan negara dari import yang ketika ini maseh melebihi nilai RM12 bilion setahun tidak dikurangkan keseminima mungkin ,  negara ini akan terdedah kepada kehilangan kedaulatan makanannya akibat terpaksa bergantung kepada ehsan negara luar.

Ketika ini syarikat transnasional dan multinasional yang menguasai sebahagian besar input pertanian seperti baja , benih , jentera pertanian , makanan ternakan dan racun dapat menentukan kehendakknya ke atas negara ini akibat kebergantungan negara kepada import bahan-bahan tersebut.

Bukan sahaja kuasa petani sangat kecil dinegara ini akibat sistem yang lebih mengutamakan perladangan besar, malah sistem pertanian itu sendiri ditentukan dan lebih menguntungkan syarikat multinasional.

Teknologi, sistem pemasaran dan mekanisme simpanan dan penghantaran juga dikuasai oleh syarikat pertanian konglomerat luar dan dalam negara.

Ini sahaja cukup untuk mengecilkan kuasa rundingan sesebuah negara bila rakyatnya sudah terdesak untuk mendapatkan makanan dari luar yang ditentukan oleh syarikat-syarikat besar itu.

Lantaran itu TERAS mengesa supaya pihak kerajaan pusat dan negeri segera mengadakan perbincangan untuk menganalisa kesan krisis yang bakal dihadapai dengan mengantisipasikan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku. Perbincangan itu seharusnya dapat mengatur langkah segera supaya bekalan dan pengeluaran makanan di negara ini dapat dijamin kestabilannya.

Kami mengesa agar semua faktor yang ada dalam kuasa dan keupayaan pihak kerajaan untuk mengawalnya  hendaklah dilakukan seperti  tidak membenarkan tanah pertanian diambil dan ditukar untuk pembangunan, memastikan sistem pengairan diuruskan dengan baik untuk pertanian , kawasan tadahan air tidak dimusnahkan , kawasan bakau yang menjadi kawasan pembiakan benih hidupan laut  dikawal dengan ketat serta semua tanah terbiar dihidupkan untuk pertanian.

Sesungguhnya kami berpendapat bahawa jika pihak kerajaan tidak mengendahkan isu sekuriti makanan ini, kami khuatir akan berlaku situasi yang lebih parah yang akan menggugat kedaulatan negara .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,922 hits
Kalendar
April 2008
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: