BPR JADI SURUHANJAYA HANYA PERUBAHAN STRUKTUR

Kenyataan Media

22 hb April 2008

TERAS berpendapat perubahan BPR menjadi sebuah Suruhanjaya hanya diperingkat struktur yang belum menjamin insiden rasuah dapat dibendung sepenuhnya.

Walaupun ia suatu langkah yang boleh dianggap menuju ke arah reformasi yang betul , namun ia masih memerlukan syarat yang lebih penting iaitu mereka yang dilantik adalah dikalangan kumpulan yang benar-benar berintegriti .

TERAS mengalu-alukan langkah yang berterusan memperbaiki keberkesanan untuk membenteras rasuah. Langkah mewujudkan Suruhanjaya yang lebih bebas dan

bertanggungjawab kepada sebuah Komiti Parlimen boleh memungkinkan semua kes yang diadu serta tindakan yang diambil didedahkan kepada Parlimen.

TERAS berpandangan bahawa adalah perlu perbahasan mengenai laporan yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya ini akan nantinya juga dibahaskan oleh ahli Parlimen supaya wakil rakyat mendapat peluang meneliti perkembangan mengenai isu rasuah di negara ini.

Kami juga mengharapkan mereka yang dilantik dalam Suruhanjaya itu nanti akan meliputi golongan yang mewakili kelompok yang bebas dari pengaruh politik. Kami berpendapat kesungguhan kepada reformasi ini akan hanya terbukti jika Suruhanjaya ini bebas dari tekanan politik yang akan menjejaskan integritinya nanti.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,367 hits
Kalendar
April 2008
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: