MASYARAKAT MELAYU PERLU SEGERA TUMPU PROSES PERUBAHAN DARI HANYA BERTELAGAH DALAM POLITIK

Kenyataan Media

22 hb April 2008

TERAS mengesa masyarakat Melayu dari semua peringkat supaya segera beralih perhatian kepada menggerakkan perubahan dalaman dari terlalu fokus kepada politik.

Setelah PRU 12 nampaknya isu politik dikalangan pemimpn Melayu terlalu diberi perhatian berlebihan sehingga isu perubahan sosio-ekonomi  kini terpinggir.

Akibatnya persoalan orang Melayu yang lebih kritikal tidak dipedulikan.

Kami dengan ini mendapati bangsa Melayu akan berhadapan dengan dilema berterusan apabila politik terlalu diberi foikus sehingga keadaan kini hanya memaparkan perpecahan politik yang semakin parah. Apa lagi sindrom politik pertikaian antara orang Melayu nampaknya sudah menjadi agak keterlaluan sehingga kepimpinan bangsa sedang menghadapi malapetaka yang merentas hampir semua aspek kehidupan orang Melayu.

Sehingga ini perubahan akibat keputusan PRU 12 yang tidak disangka oleh pelbagai pihak telah menyebabkan pemimpin-pemimpin Melayu nampaknya hilang arah sehingga  fokus yang lebih utama iaitu mengerakkan perubahan diperingkat sosio-ekonomi kini terpinggir.

Kami menyeru supaya semua pihak menyedari betapa pentingnya suatu perbincangan diluar kontek politik kepartian dimulakan. . Soalnya bagaimana nasib Melayu kini terlalu bergantung  kepada politik kuasa.  Apakah orang Melayu  dapat melaksanakan anjakan besar dalam sikap dan berfikir mengenai survival bangsa yang lebih menyeluruh.

Apa yang berlaku sehingga ini ialah kepimpinan Melayu telah menyebabkan orang Melayu hidup dalam kebergantungan dan bernaung kepada pihak atasan. Ditambah lagi dengan fenomena feudal yang masih kuat mengongkong bangsa ini telah menjadikan orang Melayu tidak mampu  berfikir secara bebas untuk menentukan nasib sendiri.

Dari sebuah sistem yang membuat orang Melayu merasa selesa dengan subsidi dan terus merasa terjamin dengan DEB , kini ternyata orang Melayu telah menghadapi masalah dalam hampir seluruh aspek.. Mereka sudah tidak mampu  menentukan pembelaan untuk diri sendiri apabila ramai pemimpin yang mereka harapkan dapat melindungi nasib bangsa tiba-tiba pemimpin tersebut  sebenarnya lebih mementingkan jawatan dan kepentingan diri sendiri.

TERAS menyeru bahawa sudah sampai masanya suatu revolusi sosio-budaya yang besar dilancarkan dalam pelbagai bidang untuk menyelamatkan orang Melayu.

Pihak kepimpinan politik , Raja-raja Melayu , para cendikiawan dan pemikir Melayu perlu menggariskan segera agenda perubahan merentas pelbagai bidang jika bangsa ini hendak diselamatkan.

Kebergantungan orang Melayu kepada bantuan dan subsidi telah berlalu. Sementara keistimewaan orang Melayu perlu dipertahankan ternyata orang Melayu maseh terperangkap dengan sindrom mengharapkan perlindungan dari orang atasan dan kurang dapat menyusun hidup mereka secara berdikari.

Oleh yang demikian pertelagahan yang semakin menambahkan  perpecahan antara orang Melayu harus dihentikan segera. Semua pihak yang menpunyai agenda untuk membela nasib bangsa Melayu perlulah segera memberi tumpuan untuk membentuk dan mencorakkan sikap dan mental yang betul seperti yang dituntut Islam dikalangan penggerak bangsa Melayu. Dan ini perlu digerakkan dari inisiatif sendiri. Hanya dengan itu sahaja kita akan dapat menyelamatkan keadaan yang kini nampak semakin parah untuk membangkitkan bangsa Melayu.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,432 hits
Kalendar
April 2008
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: