KETIKA MENYERU BUDAYA WARISAN DIHORMATI , KITA SENDIRI YANG MEMINGGIRKAN BUDAYA SENDIRI.

Kenyataan Media

24 hb April 2008

TERAS tertarik terhadap ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin dalam mesyuarat ke 3 Menetri-menteri Kebudayaan Asia-Eropah (ASEM) agar masyarakat saling memahami dan menghormati budaya dan warisan orang lain .

Namun begitu  TERAS mendapati ada suatu kejanggalan yang tidak dapat diselindungi . Sementara seruan agar masyarakat mengalakkan persefahaman dan toleransi antara budaya dan warisan adalah baik namun kita sebagai rakayat dalam sebuah negara perlu terlebih dahulu menghayati dan menterjemahkan dalam kehidupan seharian  budaya kita sendiri yang semakin terhakis.

Ketika kita mengalu-alukan seruan tersebut , akan tetapi yang jelas dalam pengamalan kehidupan seharian Negara ini ternyata yang berlaku pemimpin sendiri yang tidak menunjukkan kebanggaan dan penghayatan terhadap budaya dan warisan  kebangsaan yang disepakati bersama.

Bermula dari bahasa Melayu yang sudah banyak terpinggir dalam urusan resmi kerajaan sehingga mengganti pengantar bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik di sekolah dan Universiti , kita  sendiri yang nampaknya tidak bersikap bertoleransi dan memahami budaya serta warisan rakyat kita sendiri.

Jadi agak aneh dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa ujud hipokrasi antara percakapan dan amalan pemimpin Negara ini sendiri . Sementara kita menyeru orang lain bersikap toleran kepada budaya kita , disebaliknya kita pula yang bersikap jengkel kepada budaya dan tradisi yang telah lama kita cuba pertahankan. Sebaliknya apa yang berlaku kitalah yang telah mengikis rakyat dari menghormati budaya dan tradisi kita sendiri melalui pelbagai ploisi yang digubal oleh tangan pemimpin kita sendiri.

Sementara PM mencadangkan agar Negara-negara Barat menghantar pelajar mereka untuk belajar di rantau ini atas alasan bahawa rantau ini boleh menawarkan pengalaman budaya yang sangat kaya , yang jelas ialah budaya tempatan dirantau ini sudah banyak terpinggir.

Malah yang kini disanjung dan dijadi budaya harian dalam banyak hal ialah identiti dan budaya Barat.

Jika dilihat hampir semua aspek urusan hidup yang ditonjolkan oleh golongan pemimpin elit dinegara ini dan dihayati pula oleh kelompok atasan menonjolkan budaya yang samasekali asing dari budaya tempatan .

Dari makanan , pakaian , pergaulan , hiburan , acara rasmi seperti mesyuarat dan seminar yang dianjur oleh agensi kerajaan sendiri serta acara-acara sosial golongan elit, sebenarnya kita telah mengenepikan budaya dan tradisi kita sendiri. Apa yang nyata ialah penonjolan kehiduapan yang berciri barat dan tanpa segan silu pihak berkuasa pula membenarkan  siaran media TV memaparkan filem , drama serta pelbagai segmen yang sarat denga nilai-nilai Barat.

TERAS merasa amat kesal jika seruan PM kepada orang lain itu tidak diikuti dengan komitmen serius oleh kerajaan sendiri untuk mengembalikan budaya dan tradisi tempatan yang telah banyak terhakis.

Jika pihak kerajaan benar-benar serius agar orang luar menghormati budaya kita , maka TERAS menyeru agar semua pemimpin negara bermula dengan menukar gaya hidup keBaratan mereka. Polisi kerajaan untuk menengahkan semula Budaya Kebangsaan yang kini tidak menjadi agenda pembangunan negara hendaklah kembali dihidupkan. Jika tidak TERAS tidak melihat sebarang makna dari ungkapan PM itu.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,885 hits
Kalendar
April 2008
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: