KEPUTUSAN MENTERI BENAR RAKYAT ISRAEL MASUK MALAYSIA DIBANTAH DENGAN KERAS.

Surat

28 th April 2008

Kami membantah dengan keras keputusan Menteri Dalam Negeri untuk membenarkan rakyat Israel dalam pasukan bola Chelsea masuk ke Malaysia atasan alasan sukan dan politik tidak bercampur.

Ini adalah suatu pendirian yang tidak konsisten yang jelas ditunjukkan oleh kerajaan padahal Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara sejak kemerdekaan negara ini lagi.

Petisyen bantahan oleh 21 NGO yang telah dihantar kepada KDN Jumaat lalu ( 25 hb April 2008 ) di Putrajaya  telah menunjukkan dengan jelas kezaliman dan perlanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin.

Oleh itu alasan Menteri KDN bahawa sukan tidak bercampur dengan politik adalah pendirian yang sangat mengecewakan dan tidak sepatutnya datang dari bekas Menteri Luar Negera yang tahu kedudukan dan penderitaan rakyat Palestin.

Jika hujah ini dipakai bahawa sukan dan politik tidak bercampur maka apakah budaya , hubungan diplomasi , perdagangan , pendidikan dan pertahanan serta perjanjian antarabangsa juga tidak bercampur dengan politik.

Adalah keterlaluan untuk membuat keputusan tersebut selepas Malaysia selama ini dikenali bersikap tegas ke atas Israel dan perjuangan Palestin. Menteri KDN itu tidak sepatutnya berpendirian sedemikian rendah sehingga mengutamakan permaianan bola di atas nasib dan nyawa serta penderitaan rakyat Palestin.

TERAS membantah dengan keras kebenaran KDN untuk rakyat Israel itu masuk ke Malaysia dan mendesak supaya kebenaran itu ditarik balik.

Mohd Azmi Abdul Hamid

President TERAS.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,823 hits
Kalendar
April 2008
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: