Kenyataan Media TERAS
5 hb Mei 2008
Pada 4 hb Mei 2008 Mingguan Malaysia telah mencatat kenyataan kami mengenai ‘kebimbangan kehilangan satu demi satu negeri kepada orang lain’ sebenarnya adalah kenyataan yang tidak tepat.
Sebenarnya peralihan kerajaan di Kedah , Pulau Pinang, Perak dan Selangor dan Wilayah Persekutuan K.Lumpur serta pengekalan kerajaan Pas di Kelantan bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan. Jika sikap dan amalan Federalisme yang betul diamalkan , tidak ada sebab kenapa kita harus khuatir.
Tidak terungkap kata-kata kami seperti yang dicatat dalam MM itu. Saya ingin dengan ini menafikan kenyataan itu.
Yang telah saya nyatakan ialah kepimpinan Melayulah yang telah menyebabkan pelbagai hak Melayu yang awalnya dimilikki orang Melayu telah terlepas dan hilang akibat dari pemimpin-pemimpin Melayu itu sendiri di lima negeri tersebut yang sebelumnya diperintah oleh BN.
Kehilangan pelbagai tanah Melayu malah berlaku disemua negeri yang lain. Ini menyebabkan orang Melayu kecewa dan hilang keyakinan terhadap pemimpin UMNO yang dimandatkan dengan amanah menjaga hak milik orang Melayu.
Yang sepatutnya di lakukan ialah mengembalikan apa yang terlepas yang sebenarnya disebabkan oleh kecuaian pemimpin-pemimpin itu sendiri.
Saya dengan ini meminta pihak Pengarang Mingguan Malaysia memperbetulkan kenyataan tersebut.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu.
Tinggalkan Jawapan