KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU MESTI MERUMUSKAN LANGKAH KEMBALIKAN KEKUATAN BANGSA

Kenyataan Media TERAS

2 hb Mei 2008

TERAS mengambil pendirian bahawa Kongres Permuafakatan Melayu yang sedang berlangsung di Johor Bharu sekarang mesti merumuskan suatu gerakan konkrit untuk mengembalikan kekuatan bangsa .

Jika Kongres ini hanya mengulangi retorik mempertahankan hak bangsa Melayu tanpa mempunyai gerakerja konkrit dalam setiap aspek  untuk mengembalikan kekuatan orang Melayu  , maka Kongres ini akan menjadi sia-sia.

TERAS meneliti bahawa suara lantang peserta dan pembentang supaya hak orang Melayu dipertahankan jangan berlegar hanya dipersoalan keputusan PR 12 yang lalu.

Sesungguhnya ini tidak akan membawa apa-apa makna selagi suatu tindakan dan pelan bertindak konkrit untuk merubah nasib bangsa disemua peringkat tidak dirumuskan dan langkah lanjut yang berterusan dirangka.

Kami mengharapkan isu perpaduan Melayu hendaklah dibincangkan dengan bertujuan untuk membawa transformasi dalaman dikalangan orang Melayu sendiri.

Namun TERAS juga  mengalu-alukan pandangan Prof.Agus Yusof yang telah membentang persoalan kedaulatan politik Melayu. Kami berpendapat bahawa UMNO/BN mesti menerima hakikat bahawa sokongan yang menurun pada pengundi PR 12 yang lalu dilihat sebagai kehilangan keyakinan orang Melayu terhadap kepimpinan dan pemerintah yang ada sekarang.

Mesej pengundi Melayu tidak bioleh dilihat sebagai suatu gugatan kepada kedaulatan orang Melayu tetapi sebagai suatu kematangan dan sikap kritikal orang Melayu menilai kepimpinan yang sedia ada.

TERAS berpandangan juga bahawa isu mempertahankan hak orang Melayu tidak timbul. Sebenarnya selagi orang Melayu tidak merubah sistem dan sosio-budaya yang sedia ada , selama itu penghakisan status dan kedudukan orang Melayu akan menjadi isu .

Kami berpendapat kekuatan orang Melayu mesti disandarkan kepada Islam sebagai teras kepada pemulihan bangsa.

Jika Kongres ini tidak mengakui hakikat ini kami tidak nampak ia akan memeberi apa-apa makna kepada memulihkan nasib bangsa. Kelemahan orang Melayu sebenarnya adalah terletak kepada kekuatannya menghayati Islam seutuhnya.

TERAS tidak melihat orang Melayu hanya  boleh bergantung kepada perlembagaan semata-mata untuk menjamin kedudukannya. Sehingga orang Melayu dapat merubah nilai dan jati dirinya supaya kembali kepada Islam seutuhnya ,  selagi itu nasib  bangsa ini tidak akan dapat terjamin .

Kongres ini sepatutnya bukan hanya untuk menghasilkan sebuah lagi deklarasi dan memorandum yang berulang-ulang tepai hendaklah melancarkan sebuah gerakan nasional membangkitkan orang Melayu untuk menjalani transformasi diri dan kepimpinan.

Dengan yang demikian Kongres ini tidak sepatutnya hanya membahaskan sekadar isu-isu yang telah acapkali diungkap tetapi hendaklah dengan segera mencari langkah dan pendekatan bagaimana isu yang dihadapi dapat ditangani dengan berkesan.

TERAS mengesa supaya pihak penganjur dan peserta Kongres dengan serius merangka sebuah pelan bertindak untuk melancarkan gerakan perubahan sikap dan mental orang Melayu secara besar-besaran.

Inilah yang sangat diperlukan sekarang. Pertelagahan yang berterusan mengenai kedudukan UMNO yang kini sedang berhadapan dengan krisis dalaman perlu dihentikan. Sudah sampai masanya orang Melayu menerima hakikat bahawa dengan hanya bergantung kepada UMNO/BN, bangsa Melayu tidak boleh terus terjamin nasibnya.

Persepakatan yang murni dan ikhlas sahaja antara semua gerakan politik dan NGO Melayu yang dapat memberi harapan untuk masa depan bangsa.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,876 hits
Kalendar
Mei 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: