USUL KHAS UNTUK DIBAHAS DIPARLIMEN 6 hb Mei 2008 oleh YB Salahudin Ayub

CADANGAN PERBAHASAN ISU SEKURITI MAKANAN OLEH TERAS DIPARLIMEN USUL KHAS UNTUK DIBAHAS DIPARLIMEN 6 hb Mei 2008 oleh YB Salahudin Ayub

Isu kenaikan harga beras .

Butir yang harus dibangkitkan:

Isu sekuriti makanan adalah sangat krusial. Bekalan , akses dan harga makanan adalah isu berkaitan dengan hak asasi manusia.

Negara berbelanja lebih RM 12 bilion ringgit untuk import makananan sejak sedemikian lama.

Kini dengan isu bekalan dan harga makanan mendadak naik, rakyat akan berhadapan dengan tekanan yang cukup rumit.

Dikatakan isu akses dan harga bekalan makanan naik adalah disebabkan :

i. kesan dari perubahan cuaca global yang menjejaskan pengeluarlan hasil pertanian. Bencana alam seperti ribut , banjir dan kemarau panjang juga menyumbang kepada hasil pertanian terjejas.

ii.makanan asasi bijirin seperti jagung , gandum dan kini sedang dikaji beras ditanam untuk ditukar kepada biofuel. Sebab itu harganya melonjak naik dan bekalan disalur kepada industri tenaga.

iii. banyak tanah pertanian telah diambil untuk berbagai projek pembangunan spt ; lebuhraya , kawasan bandar , kawasan industri

1v.  bekalan makanan dikuasai oleh syarikat konglomerat yang mengawal harga input pertanian seperti baja , benih , bahan kimia yang menyebabkan petani kecil tidak dapat meneruskan usha pertanian.

Pertanyaan kami ialah :

1. Apakah sistem pengeluaran dan sistem pengedaran tidak dipantau sebelum isu kenaikan harga beras berlaku? Jika sebelum ini sistem itu wujud apakah pihak kerajaan tidak dapat mengenal pasti masalah kenaikan harga akan berlaku dan bekalan mencukupi atau tidak?

2. Kenapa pihak kerajaan tidak menyeleraskan pelbagai kementerian spt  KPDNHEP , MITI , Kem.Pertanian dan Asas Tani dalam urusan bekalan dan harga beras negara.

3. Kerajaan telah mengumumkan untuk mengujudkan stok penimbal makanan. Di manakah stok penimbal itu disimpan dan berapa banyak stok penimbal beras diwujudkan bagi setiap masa. Bagaimana jumlah stok penimpal itu dikira , apakah termasuk apa yang distok oleh penjual.?

4. Pergerakan dan keperluan beras di setiap negeri itu   sepatutnya sudah diketahui. Berapakah pecahan keperluan setiap negeri dan jika ada negeri yang tidak mendapat bekalan yang mencukupi dan ada yang berlebihan , apakah tindakan akan dilakukan. Bagaimana pergerakan beras ke setiap negeri itu dipantau?

5. Apakah kerajaan telah menyiasat punca sebenar kenaikan harga beras dan isu bekalan. Adakah berpunca dari sindiket menyorok atau spekulasi ? Kini sudah ada  pengguna yang panik dan membeli bekalan melebihi dari sepatutnya. Bagaimanakah pihak kerajaan akan menangani isu ini?

6. Sepatutnya suatu agensi khusus diujudkan berkaitan dengan Sekuriti Makanan semada berfungsi untuk melihat  bagaimana bekalan dan pengeluaran dalam negeri dan import dari luar dapat dipantau dan merencana tindakan menstabilkan bekalan dan memastikan sistem pengedaran itu lancar. Apakah kerajaan bersetuju untuk mewujudkan agensi tersebut?

7. Apakah kerajaan akan bertindak untuk melaksanakan rancangan menambahkan kawasan pengeluaran makanan dan mencari jalan bagaimana kos input pertanian boleh dikurangkan untuk memastikan kos pengeluaran akan dapat dikurangkan dan dengan demikian mengurang kos makanan dalam negara. Apakah skim kredit dan pemasaran untuk petani yang mengeluarkan bahan makanan dirasakan mencukupi setakat ini?

8. Sehingga ini apakah malaysia mempunyai poilisi khusus mengenai sekuriti makanan . Dan jika tidak ada apakah pihak kerajaan akan mewujudkannya?

9  Pembaziran makanan di negara ini sangat tinggi. Makanan dihotel-hotel besar , jamuan di acara-acara resmi kerajaan seperti seminar , mesyuarat dan persidangan serta tabiat makanan mewah dikalangan golongan elit sangat ketara. Apakah kerajaan akan mencari langkah untuk membudayakan makan yang cermat dan berjimat diperingkat kerajaan.? Ini sepatutnya boleh menjimatkan kos makanan dipihak kerajaan.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,661 hits
Kalendar
Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: