SEMINAR SEABAD HAMKA DI PERAK

Pengumuman Media

8 hb Mei 2008

Instituit Tadbir Islam Perak (INTIM) dengan kerjasama TERAS Pengupayaan Melayu akan menganjurkan Seminar Seabad HAMKA pada 15 hb Mei 2008 di Dewan INTIM , Ipoh Perak.

Tujuan Seminar ini dilaksanakan ialah untuk memperingati sekaligus menggali cakrawala pemikiran Hamka yang merupakan sosok ulama yang sangat berjasa kepada umat Islam.

Jika belia masih hidup bererti beliau telah mencapai umur 100 tahun. Namun pemikirannya maseh segar dan sangat releven dalam konteks kemelut umat Islam masaskini khususnya umat Melayu di rantau ini.

Seminar ini akan diisi dengan pembentangan kertas kerja dari Prof. Redzuan Osman dari UM , Dr. Wan Salim Mohd Nor , YDP Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang , M Aktifanus Jawahir dari Indonesia dan Hj. Mohd Azmi Abdul Hamid , Presiden TERAS Pengupayaan Melayu.

TERAS mengharapkan sebuah rmusan yang mantap dapat dihasilkan oleh seminar ini sebagai suatu input pemikiran dan semangat juang yang diharap dapat dicetuskan dikalangan umat Islam dalam menghadapi cabaran masaskini.

Ia juga suatu pengiktirafan dan penghargaan umat kepada Hamka yang menjadi sumber ilmu dan pengkaya pemikiran umat Melayu dirantau ini. Ketika umat Melayu sedang berhadapan dengan kemelut yang sangat kritikal kini , maka melihat kembali pemikirannya dan perjuangannya diharap dapat memberi inspirasi yang kuat kepada para penda’wah Islam untuk terus menyumbang kepada mengembalikan kegemilangan umat Islam di dunia Melayu.

Azizan Osman

Kordinator Program

TERAS Pengupayaan Melayu

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
2 comments on “SEMINAR SEABAD HAMKA DI PERAK
  1. Nizam berkata:

    Assalamualaikum, bagaimana jika berminat untuk join program ini?Siapakah untuk saya contct?

  2. atriza berkata:

    assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    alhamdulillah. bagus informasi yang diketengahkan. ana ingin tahu, adakah seminar ini terbuka kepada umum?

    ana memang peminat hasil penulisannya. moga dapat dikongsi dan bermanfaat, insya`allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,682 hits
Kalendar
Mei 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: