KRISIS KENAIKAN KOS – BAGAIMANA GENERASI KINI PERLU BERTANGGUNGJAWAB KEPADA KEPERLUAN GENERASI AKAN DATANG

TERAS menyeru sementara rakyat berhak melahirkan rasa tidak senang dengan kenaikan harga barang akibat keputusan kerajaan , kami juga mengesa  rakyat sekarang bertanggungjawab untuk memastikan keperluan generasi mendatang tidak digadaikan hanya kerana kita mahu semuanya murah pada waktu kini.

TERAS mengambil perhatian berat bahawa dengan gaya kepenggunaan yang tidak terkawal oleh rakyat , kedudukan sumber alam yang masih ada sekarang akan akhirnya kehabisan sehingga tidak ada lagi yang tinggal untuk generasi mendatang.

Sementara kita memperjuangkan agar kerajaan lebih bertanggungjawab untuk memastikan kenaikan kos dapat dikawal supaya golongan berpendapatan rendah tidak menjadi mangsa , kita juga harus turut bertanggungjawab supaya kita tidak menghabiskan sumber kini hanya kerana kita mahu memuaskan kehendak kita sekarang dengan rakus.

Lantaran itu rakyat juga perlu mengambil sikap yang lebih realistik. Sumber seperti minyak , air , tanah , hutan , kehidupan laut  perlu diguna dengan sangat berhemat . Jika tidak seluruh sumber kita akan terjejas akibat kerakusan kita sekarang.

Krisis kenaikan harga minyak sekarang mahu tidak mahu akan memaksa kita menilai semula semua tabiat kita yang membazir dan kepenggunaan yang melampau.

TERAS sememangnya mengkritik kerajaan yang tidak berhati-hati dalam membelanjakan wang untuk
projek-projek  membazir . Akan tetapi tabiat sebahagian rakyat yang juga nampak terlalu bernafsu
ketika membeli dan menguna juga tidak akan membantu menyelesaikan masalah.

Kami dengan itu menyeru agar ketika kita berhadapan dengan krisis global dan nasional ini , kita
semestinya bertindak supaya segala perangai kepenggunaan yang membazir  perlu berubah. Kami
senaraikan bebarapa perubahan yang perlu berlaku dikalangan rakyat seperti beirkut:

1.Utamakan hanya keperluan yang  asas dalam kehidupan seharian. Ertinya jangan membeli kecuali jika ia benar-benar perlu. Alih gaya hidup agar mengelakkan membeli hanya kerana mengikut tren dan terpengaruh dengan iklan.

2. Kita harus melakukan langkah penjimatan dalam semua penggunaan air , eletrik , dan segala kerja harian yang menggunakan sumber alam. Belajar mendapatkan tip bagaimana melakukan penjimatan bukan sahaja ketika keadaan sempit tetapi membudayakan tabiat berjimat pada setiap masa.

3. Elakkan perbelanjaan yang tidak perlu malah memudhratkan kesihatan seperti merokok , minum kopi dan makan daging . yang berlebihan.

4.Sederhanakan perbelanjaan dalam semua acara social seperti kenduri dan majlis-majlis jamuan.

5.Sedapat yang mampu dan bila keadaan mengizinkan guna pengangkutan awam.

TERAS percaya banyak lagi perkara praktikal yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menghadapi fenomena global yang menekan Negara kita.

TERAS semmemangnya kesal dengan kedaan dimana banyak lagi kepincangan perbelanjaan kerajaan yang sepatutnya diperbetulkan terutama cara hidup mewah pemimpin-pemimpin Negara . Ini patut di kritik . TERAS menuntut agar tindakan semua pegawai dan pemimpin kerajaan mengurangkan perbelanjaan dalam semua aspek pengurusan dilakukan tanpa kecuali.

Pokoknya semua pihak harus bersatu dalam ketika yang sangat mencabar ini dan berusaha mengurangkan kesengsaraan rakyat terutama dikalangan mereka yang miskin dan berpendapatan rendah. Dengan cara itu kita harus mengerakkan perubahan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu.

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,616 hits
Kalendar
Jun 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: