Siasatan Terhadap DSAI Jangan Sampai Disangsi Rakyat

2 HB jUN 2008

TERAS mengesa agar isu tuduhan ke atas DS Anwar Ibrahim yang terbaru ini dikendali oleh pihak berkuasa dengan sangat teliti dan adil. Kenyataan dan tuduhan liar yang sudah mula di keluar oleh pemimpin-pemimpin UMNO nampaknya  tidak akan membantu untuk menenangkan keadaan.

Rakyat tidak boleh dipersalahkan jika jelas sudah bermula percaturan media dan kenyataan-kenyataan pemimpin yang menunjukkan berulangnya tuduhan yang sama pada 1998.

Kemarahan rakyat adalah beralasan apabila pemimpin-pemimpin kerajaan nampaknya membiarkan pemberitaan yang mula menunjukkan bahawa DSAI seolah-olah telah dihukum.

Ini termasuk respon PM bila beliau mengatakan melalui siaran TV “.. lazimnya orang yang dituduh akan menafikan tuduhan itu..Jadi memanglah DSAI akan nafi…” memberi konotasi bahawa beliau sudahpun memberi isyarat bahawa tuduhan terhadap DSAI itu beralasan tetapi dinafikan oleh DSAI.

Kenyataan sebeginilah yang membuat rakyat sangsi terhadap kerajaan yang mengatakan bahawa rakyat perlu tungu siasatan polis.

TERAS perpandangan kestabilan negara ini sangat perlu dipelihara supaya rakyat tidak terheret sekali lagi dengan politik kotor yang sangat menjijikan .

Fokus negara yang kini sedang berhadapan tekanan ekonomi yang mengambil masa yang lama untuk pulih tidak harus dialih pula kepada  politik kotor yang  saling mencantas antara pemimpin-pemimpin negara.

Kemelut politik yang kini berlaku dalam 3 parti utama BN sudah cukup menimbulkan ketidakpercayaan rakyat kepada kepimpinan negara.

Oleh itu TERAS berpendirian agar pihak polis yang menyiasat tidak boleh membiarkan institusi itu ditekan oleh mana-mana pihak . Siasatan yang telah menimbulkan syak rakyat kepada polis  bahawa kes 1998 telah menjejaskan imej polis dengan sangat teruk perlu diambil iktibar.

Kami menggesa juga agar semua pihak bertenang dalam menghadapi krisis kepimpinan ini supaya keadaan tidak terkeluar dari kawalan yang akan mengheret negara kepada kehancuran.

TERAS juga membuat pendirian tegas bahawa politik kotor untuk mencemar dan membunuh politik seseorang hendaklah dikecam dan tidak boleh dikompromi semasekali.

Sesungguhnya Malaysia tidak sepi dari assinasi politik .Jenayah membunuh dan mencederakan beberapa ahli politik di negara ini pernah berlaku dan tidak boleh dinafikan.

Oleh itu tidak benar jika DSAI mendakwa mendapat ugutan terhadap nyawanya ia tidak boleh  dipandang kecil.Pihak polis perlu membuat siasatan terhadap dakwaan DSAI bahawa nyawanya terancam.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,556 hits
Kalendar
Julai 2008
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: