Utamakan kepentingan Islam dan Umat dalam apa sahaja perbincangan

TERAS mengambil perhatian terhadap perdebatan yang kini hangat diutarakan mengenai perbincangan antara PAS dan UMNO .
TERAS berpendapat bahawa walau apapun bentuk dan sifat perbincangan yang akan diadakan , keutamaan mesti diberi kepada kedudukan Islam dan umat di Negara ini khususnya. Sejauhmana agenda menegakkan Islam dan mengukuhkan kedudukan umat Islam dijadikan asas perbincangan hendaklah menjadi perkiraan.
Kami kecewa dengan sikap beberapa percubaan dari kalangan UMNO yang kini melihat persoalan ini sebagai suatu strategi tawar-menawar politik semata-mata. Lantaran TERAS melihat percubaan untuk menjadikan perbincangan itu hanya kerana mahu membahagi kuasa adalah suatu yang tidak wajar kerana kedudukan Islam dan umat sepatutnya diletakkan sebagai agenda utama dari segala yang lain.
Persoalan semada ada akan ada percubaan untuk kedua parti itu bergabung tidak timbul kerana PAS telah dengan tegas dan jelas menyatakan ia berpegang kepada Islam sebagai dasar perjuangannya dan mana-mana pihak yang lain yang menerima dan komited dengan dasar itu boleh menyertai parti tersebut.
Manakala UMNO sebagai parti yang berasaskan faham sekular dan bersifat asabiyyah tidak mungkin dapat diterima oleh PAS yang meletakkan perlaksanaan Islam sepenuhnya sebagai cita-cita perjuangannya.
TERAS melihat adegan politik terbaru ini hendaklah jangan sampai pakatan parti-parti yang mahu menegakkan sebuah lebaran baru dalam politik Malaysia hilang fokus untuk mengujudkan pemerintahan Malaysia yang berteraskan keadilan dan kesejahteraan untuk semua.
TERAS menolak sebarang percubaan rundingan politik yang mementingkan agenda peribadi. Sesunguhnya kami tidak mahu melihat sejarah mengadaikan prinsip dan kepentingan Islam dan umat berulang sekali lagi hanya kerana ujud individu tertentu yang ingin mendapat keuntungan peribadi dari sebuah kesepakatan yang telah cuba diusahakan dalam PRU ke 12 yang lalu.
Umat Melayu yang telah melalui pelbagai krisis penghakisan ekonomi , bahasa dan budaya selepasa 50 tahun merdeka tidak akan sanggup sekali lagi ditipu oleh mereka yang mempunyai agenda peribadi.
TERAS mengesa semua pemimpin Melayu dari semua parti jangan memperjudikan nasib umat Melayu atas kepentingan politik sempit. Sebarang hasil dari perbincangan perlu diukur dari neraca ketentuan Islam dan tidak dari perhitungan politik sempit.
Bagi TERAS , PRU ke 12 telah meletakkan kedudukan UMNO dalam keadaan yang tergugat dan menghadapi krisis keyakinan terhadap kepimpinannya . Namun ini tidak harus menyebabkan PAS dengan mudah menerima perundingan ini semata-mata sebagai suatu kesempatan untuk melaksanakan tawar-menawar politik untuk mendapati sokongan pengundi.
TERAS berpendapat apa yang harus ditumpukan ialah membina keupayaan PAS untuk menunjukkan kemampuannya mentadbir kerajaan negeri yang dipimpinnya sekaligus mencorak politik rakyat dengan mana-mana pihak yang bersedia untuk membangunkan Malaysia secara yang lebih adil , bersih dan sangat pro rakyat.
Perbincangan hanya kerana UMNO telah mengalami kekalahan sebagai suatu muslihat tidak boleh dijadikan asas untuk PAS mengadakan perundingan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 318,138 hits
Kalendar
Julai 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: