Kesal dan Bantah Universiti Malaya menjemput Tony Blair, Penjenayah Perang

Kami amat kesal dan membantah pihak berkuasa Universiti Malaya kerana menjemput bekas Perdana Menteri British Tony Blair, penjenayah perang, untuk menyampaikan Syarahan Undang-Undang Sultan Azlan Shah yang berprestij itu. Undangan beliau untuk berucap telah di adakan pada 1 hb Ogos 2008 di Hotel mandarin Oriental , KL.

Dengan memberikan penghormatan kepada Blair, pihak berkuasa telah menunjukkan betapa tidak sensitifnya mereka terhadap penderitaan berjuta rakyat Iraq, mangsa yang tidak bersalah akibat tindakan jenayahnya, dan perasaan rakyat Malaysia yang berdiri dengan penuh kesatuan bersama mereka.

Adalah satu ironi Blair yang mencabuli prinsip paling asas undang-undang antarabangsa dengan menceroboh Iraq, dan secara berterusan mempertahankan pencabulan Israel ke atas hak asasi manusia dan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, telah dijemput oleh Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya untuk memberikan syarahan mengenai kedaulatan undang-undang dan pemerintahan yang baik (Rule of Law and Good Governance). Jelas bahawa mereka yang menjemput beliau tidak memahami makna Kedaulatan Undang-Undang. Mereka mungkin juga boleh menjemput Radovan Karadzic, penyembelih rakyat Bosnia untuk menyampaikan syarahan.

Jenayah perang paling buruk, dan jenayah terhadap kemanusiaan sejak Perang Dunia Kedua telah dilakukan di Iraq. Amerika Syarikat dengan dibantu oleh Britain telah melancarkan perang secara haram ke atas Iraq, negara berdaulat, mencabuli Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa. Presiden Amerika Syarikat George W. Bush dan Tony Blair merupakan arkitek kepada serangan ini.

Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa di Nuremburg yang ditubuhkan untuk membicarakan penjenayah perang Jerman selepas Perang Dunia Kedua menggelar peperangan aggresif sebagai “perkara yang paling jahat… untuk melancarkan peperangan aggressif… bukan hanya jenayah antarabangsa; jenayah antarabangsa yang paling utama, berbeza hanya daripada jenayah perang lain ia mengandungi kejahatan dalam diri mereka keseluruhannya.”

Serangan Amerika Syarikat-British ke atas Iraq mengakibatkan kekejaman yang tidak terucap terhadap rakyat Iraq dan memusnahkan sepenuhnya tanah air mereka. Lebih daripada 1 juta orang mati akibat peperangan itu. Hampir 5 juta orang menjadi pelarian, 2.7 juta di negara sendiri dan 2.3 juta berada di kem pelarian negara jiran. Ekonomi, hospital, sekolah, dan infrastruktur bagi kemudahan asas sosial di Iraq musnah.

Virus kebencian antara mazhab, konflik, dan keganasan semakin menjadi-jadi di Iraq dan hubungan antara mereka yang selama ini hidup dengan aman selama berabad-abad telah diracuni. Ikatan masyarakat Iraq telah rosak dan sukar untuk diperbaiki lagi. Tiada lagi jaminan keselamatan di Iraq. Pelaku jenayah paling kejam ini – Bush dan Blair – masih belum di bawa ke muka pengadilan.

Pada Julai 2003, Persatuan Peguam Athens (ABA) membuat laporan 47 muka surat kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) agar mendakwa Tony Blair kerana jenayah kemanusiaan di Iraq. Aduan itu menyatakan: “Pencabulan yang berulangan secara terang-terangan oleh Amerika Syarikat dan Britain… peruntukan empat Konvensyen Geneva 1949, Konvensyen Hague 1954 serta Piagam Mahkamah Jenayah Antarabangsa merupakan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.”

Pada Mac 2007, Baltasar Garzon, hakim penyiasat bagi Mahkamah Kebangsaan Sepanyol berkata Presiden George W. Bush dan sekutunya perlu berdepan dengan tuduhan jenayah perang akibat tindakan mereka di Iraq. Beliau menyatakan bahawa perang di Iraq “merupakan salah satu episod yang paling menjijikan dan tidak wajar dalam sejarah manusia”. “Terdapat cukup bukti dengan 650,000 kematian untuk siasatan ini dan perbicaraan perlu dimulakan tanpa bertangguh lagi,” katanya. Garzon menjadi terkenal pada 1999 apabila beliau cuba mengekstradisi Pinochet dari Britain dan membicarakan bagi jenayah terhadap kemanusiaan. Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah memberitahu pihak media bahawa Bush dan Blair mungkin satu hari nanti akan berdepan dengan tuduhan jenayah perang di ICC.

Oleh sebab itu adalah tidak dapat difahami bagaimana Fakulti Undang-Undang, yang seharusnya mengajar dan mempromosi undang-undang antarabangsa, sanggup menjemput seorang pencabul dan penjenayah perang untuk menyampaikan syarahan mengenai Kedaulatan Undang-Undang. Ia juga menggambarkan mentaliti penjajah sesetengah pentadbir universiti dan peguam kita yang mengagungkan apa sahaja daripada British.

Masih ramai lagi peguam dan hakim yang terkemuka dari Negara Dunia Ketiga yang mempunyai rekod yang baik dalam mempertahankan hak asasi manusia dan mempromosikan hubungan antarabangsa berdasarkan kepada kepatuhan terhadap undang-undang boleh dijemput untuk memberikan syarahan.

Profesor Undang-Undang Afrika Selatan, John Dugard yang juga Pelapor Khas Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia di Wilayah Palestin yang Diduduki seharusnya dijemput. Dugard telah melakukan tugas yang amat baik sekali dalam melaporkan pencabulan hak asasi manusia oleh Israel di wilayah yang diduduki dan membandingkannya dengan situasi di Afrika Selatan sewaktu Rejim Apartheid.

Sehubungan itu, kami menggesa:

  • Pihak berkuasa universiti perlu membatalkan syarahan itu.

•    Orang ramai perlu memboikot syarahan itu dan membantah pihak berkuasa universiti kerana menjemput Blair.
•    Mengadakan demonstrasi menggesa supaya Blair didakwa dan dihukum di atas jenayah perang yang dilakukan olehnya.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
Pengerusi Majlis Jaringan Pertubuhan Islam Kedah Darul Aman (WEHDAH)

SM Mohamed Idris
Pengerusis Citizen International

Abdul Ghani Samsuddin
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia

Syeikh Abu Bakar Awang
Yang DiPertua Persatuan Ulama Kedah

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,515 hits
Kalendar
Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: