Bantahan Forum Awam Majlis Peguam

MAJLIS BERTINDAK MEMPERTAHANKAN AQIDAH DAN SYARIAH ISLAM

F1014A , Kg.Pondok , Batu Hampa, 08400 Merbok , Kedah.

Kenyatan Media Bersama

7 hb Ogos 2008

KAMI BANTAH SEKERAS-KERASNYA FORUM AWAM MAJLIS PEGUAM MENDEBAT ISU Memeluk Islam : Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan , Subashini & Shamala

Kami mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya Forum Mengenai isu Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan menyentuh soal memeluk Islam  dan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang akan diadakan pada hari Sabtu ini , 9 hb Ogos 2008 bertempat di Auditorium Majlis Peguam , Sekretariat Majlis Peguam , K.Lumpur.

Forum ini seperti yang dipromosi dalam laman web Majlis Peguam adalah  anjuran Jawatankuasa  Undang-undang Keluarga Majlis Peguam itu sendiri..

Kami mendapati Majlis Peguam cuba untuk memprovokasi masyarakat Islam dan

melakukan tindakan yang berniat serong untuk  membahaskan hal ehwal perundangan Islam secara terbuka.

Sesungguhnya provokasi yang tidak perlu ini akan mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana Majlis Peguam bukan pihak yang layak untuk membahaskan hal ehwal Islam. Kami mengingatkan agar Majlis Peguam jangan cuba bermain dengan api. Isu hal ehwal Islam adalah isu sangat sensitive kepada umat Islam.

Tindakan ini jelas cuba menghidupkan semula usaha terdahulu yang dilakukan oleh beberapa kelompok dari Majlis Peguam bagi menubuhkan IFC dan kemudian diikuti pula oleh satu lagi usaha dari kumpulan yang menggelarkan dirinya sebagai Kumpulan Artikel 11.

Usaha tersebut telah mendapat bantahan dari sebahgian besar masyarakat Islam dan dari pihak berkuasa sendiri.

Pada edaran surat jemputan mengenai pengenalan kepada Forum ini ,  jelas menunjukkan  tujuan Majlis Peguam menganjurkan program tersebut adalah untuk mempersoalkan dan mencabar bidangkuasa Mahkamah Syariah  yang termaktub dalam Artikel 121 (1A) . Kes Subashini dan Shamala dijadikan asas untuk perbahasan ini diadakan.

Kami menegaskan bahawa Majlis Peguam tidak ada hak untuk memandai-mandai dan cuba membahaskan hal yang berkaitan dengan undang-undang Islam secara terbuka.

Kami medesak supaya Forum ini dihentikan oleh pihak berkuasa kerana ia boleh membawa kepada kemarahan masyarakat Islam yang tidak mahu undang-undang Islam dicabar oleh mana-mana pihak.

Soalnya Majlis Peguam sebagai sebuah badan statutori sepatutnya menumpukan perhatian kepada memperkemaskan professionalisme para peguam yang maseh banyak yang tidak diuruskan dengan sempurna. Kenapa Majlis Peguam mahu campur tangan urusan hal ehwal agama Islam padahal ini bukan bidangkuasanya?

Kami juga menegaskan sebarang perbahasan yang berkaitan dengan urusan Islam hendaklah diutarakan kepada saluran yang khas .

Saluran Khas ini kami cadangkan ditubuhkan oleh pihak kerajaan supaya sebarang pandangan yang berkaitan dengan hal ehwal Islam didengari oleh mereka yang pakar dalam ilmu agama Islam .

Ini bertujuan untuk mengelakkan urusan Islam dibahaskan secara terbuka dan menimbulkan kekeliruan yang tidak perlu dikalangan masyarakat.

tt:

1.Mohd Azmi Abdul Hamid

Koordinator MAJLIS BERTINDAK MEMPERTAHANKAN AQIDAH DAN SYARIAH ISLAM

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Di persetujui bersama :

2.Syeikh Abu Bakar Awang

Yang diPertua Persatuan Ulama Kedah

3.Dr. Wan Salim Mohd Nor

Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan P.Pulau Pinang

4.Ustz Fauziah Thani

Pengerusi  Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia

5.Hafiz Mustafa Lubis

Yang DiPertua ABIM Kedah

6.Khairul Anuar Mustafa

Setuausaha Persatuan Ulama Malaysia Caw. Wilayah Persekutuan

7..Dr. Abdul Rahman Ahmad

Timbalan Pengerusi Wadah Jaringan Pertubuhan Islam Kedah

8. Zulzaidi Mahmud

Pengerusi Rangkaian Pemuda Mapan TERAS

9. Sharizan Sazali

Pengerusi Ummah Aid

10. Dr. Fadhlullah Jamil

Pengerusi Wadah Kecergasan Ummah Negeri P.Pinang (WADAH)

11. Ust Azuddin Yaakob

Majlis Bertindak Menangani Gejala Sosial Kedah (TEGAS)

12.Ust Kamaruddin Kassim

Pengerusi PRIHATIN Malaysia

13.Aziz Man

Pengerusi Persatuan Warga Desa Kedah

14. Hj. Ismail Wan The

Pengerusi Kelab Prihatin Jerlun , Kedah.

15. Salman Siddiqy Mohd Azmi

Pengerusi Bekas Pelajar Pengajian Islam Kedah

16.Ahmad Tarmizi Sulaiman

Setiausha Institut Penyelidikan dan Pengembangan Syariah

17. Major (B) Wahab Abdul Wahid

Pengerusi Persatuan As-Shifa’ , Kelantan.

18. Awaluddin Jefri

Yang DiPertua Persatuan Ulama Malaysia Negeri Johor

19. Masadah bt Sajadi

Pengerusi Wanita TERAS Nasional (WATAN)

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “Bantahan Forum Awam Majlis Peguam
  1. melayubaru berkata:

    Islam adalah agama yang benar dan adil. Kenapa kita perlu takut untuk menerangkan serta membincangkan secara ilmiah perihal agama Islam kepada terutamanya orang-orang bukan Islam. Tindakan menghalang forum tersebut, termasuk keengganan wakil institusi Islam daripada IKIM dan bekas hakim syarie yang dijemput sebagai panel untuk hadir menggambarkan seolah-olah ada kekurangan dalam Islam dan undang-undang Islam dan kita takut untuk berhadapan secara terbuka dan memberikan penerangan. Menghalang forum tersebut adalah satu tindakan yang tidak bijak dan mensia-siakan peluang untuk menerangkan Islam kepada orang-orang bukan Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,661 hits
Kalendar
Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: