Pendapat Mehrun menyokong perbahasan terbuka mengenai undang-undang Islam adalah salah

TERAS berpandangan Mehrun Siraj yang menyokong perbahasan terbuka mengenai masalah-masalah pemeluk Islam adalah salah.

Sebagai seorang Muslim dan mengakui akan keunggulan syariah Islam dalam menangani semua masalah semada yang menyentuh hak orang Islam mahupun orang bukan Islam , beliau harus lebih sedar bahawa membiarkan sesiapa sahaja secara bebas untuk membahas soal hukum Islam secara terbuka akan menimbulkan kekeliruan yang sangat merugikan umat Islam .

Kami sudah sedari awal lagi telah mencadangkan semua masalah dan pandangan yang hendak diutarakan mengenai undang-undang Islam mahupun hal ehwal Islam sepatutnya disalurkan kepada sebuah forum khas.

Forum ini yang boleh dianggotai oleh ahli-ahli ilmuan Islam boleh mendengar rungutan dan masalah yang hendak disuarakan dan jika ada yang tidak difahami boleh dijelaskan dalam pertemuan antara pengadu atau mereka yang mempunyai pandangan yang berbeda mengenai fhaman mereka terhadap Islam dengan Forum ini.

Soalnya apa yang cuba dilakukan oleh Majlis Peguam mahupun pihak-pihak yang sealiran dengan faham sekular seperti badan ini  , mahu memaksakan pandangan mereka untuk diutarakan secara terbuka kepada khalayak ramai dan dengan itu ia akan menimbulkan prasangka negatif terhadap agensi-agensi yang menjaga bidangkuasa undang-undang Islam.

Jika memang benar ada kelemhan dalam penguatkuasaan dan ada sungutan dan ketidakadilan yang dihadapi oleh salah seorang dari pasangan yang telah memeluk Islam atau dari sebuah keluarga yang salah seorang anggotanya memeluk Islam , maka yang perlu dilakukan ialah mengujudkan sebuah saluran dimana aduan boleh disalurkan kepada semada berbentuk badan atau Forum  yang boleh bertanggungjawab memperbetulkan keadaan.

Akan tetapi dengan cara menjemput sesiapa sahaja untuk membicarakan mengenai soal hukum Islam tanpa asas yang betul dari segi keilmuan , akan menimbulkan kacau bilau yang merosakkan malah salahfaham yang menjejaskan imej Islam.

Sebab itulah kemarahan dan kesangsian masyarakat Islam terhadap tujuan Majlis Peguam untuk mengadakan “talkshow” itu ada asasnya.

Majlis Peguam adalah sebuah badan statutori yang terikat dengan undang-undang yang ada kaitan dengan profession guaman dan undang-undang. Status Majlis Peguam telah diperjelaskan secara khusus dalam bidangkuasa yang ada padanya. Manakala soal agama Islam adalah dalam bidangkuasa kerajaan negeri. Oleh yang demikian tindakan Majlis Peguam untuk membahaskan soal undang-undang yang telah dibicara dan dihakimi dalam mahkamah syariah adalah ultra virus.

Semangat dan sensitiviti yang melinkungi isu inilah yang menyebabkan NGO Islam serta masyarakat Islam tidak dapat menerima forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam. Malah dengan nyata  Forum yang bersifat talkshow itu  jelas bertajukan isu Mememeluk Islam : Artikel 121 (1A). Jadi penafian pemimpin-pemimpin Majlis Peguam bahawa forum itu tidak akan menyentuh isu artikel itu adalah tidak benar. Memang isu artikel inilah yang menjadi intipati perbahasan.

Jika dengan secara terbuka forum ini menyentuh dan merujuk kembali kes Shibashini dan Shamala mahupun Lina Joy yang telah diputuskan merujukan kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah , sudah tentu akan membawa mesej bahawa Majlis Peguam tidak mahu apa-apa undang-undang berasaskan agama dikuatkuasakan ke atas seseorang . Diakhirnya kedudukan Artikel 121 (1A) itu jugalah yang menjadi punca yang akan dianggap sebagai peruntukan yang perlu digugurkan dan kembali kepada status seperti sebelum tahun 1988 iaitu mahkamah sivil boleh campurtangan dan membatalkan keputusan mahkamah syariah.

Hal inilah yang menjadi keperihatinan umat Islam kerana tindakan majlis Peguam dilihat mencabar kedudkan Mahakamah Syaraiah sekaligus mencabar Islam itu sendiri.

TERAS berpendapat dengan itu pandangan Mehrun serta mereka yang cenderung kepada forum seperti ini perlu faham bahawa umat Islam tidak boleh semasekali menerima sebarang percubaaan menggugat status undang-undang Islam di negara ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu                 

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 318,138 hits
Kalendar
Ogos 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: