Jangan jadikan sumpah suatu momokan – Majlis Fatwa perlu segera menyatakan pendirian

Betapa serius sekalipun pun seseorang itu mahu melafazkan sumpah ia tetap perlu melalui proses perundangan syariah yang betul. Dan betapa masyarakat yang tidak mempunyai kefahaman yang tepat mengenai status sumpah mengikut perundangan syariah tidak boleh membuat rumusan bahawa sumpah itu adalah satu-satunya cara menyelesaikan masalah .

TERAS berpendapat amalan sumpah yang yang tiba-tiba menjadi isu dalam krisis politik kini tidak sepatutnya menjadi bahan momokan yang akhirnya merosakkan imej dan kemurnian Islam.

TERAS sangat kesal dan mengutuk mereka yang nampaknya menjadikan sumpah seolah-olah sesuatu yang boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada proses perundangan syariah.

Akibat keghairahn mereka yang terlalu gopoh mengutarakan kaedah bersumpah tanpa melalui proses perundangan dan lebih buruk lagi saling cabar mencabar yang disensasikan lagi oleh media yang berkepentingan politik , imej Islam di Negara ini telah dihina oleh orang Islam sendiri.

Apa yang lebih dikesali lagi ialah pemimpin politik turut mengeksploitasi isu sumpah sehingga kini tidak terkawal dan semakin mengelirukan . Situasi diperparahkan pula oleh segelintir golongan agama yang nampaknya turut terperangkap dalam permainan politik saling mencabar antara satu pihak dengan yang lain yang menyebabkan Islam benar-benar menjadi alat politik yang sangat jijik.

Jika sesorang Muslim bersungguh menjadikan Al Quran dan Al Sunnah sebagai ikutan maka , pedoman yang tepat mengikut apa yang ditunjukkan oleh kedua-dua rujukan utama itu hendaklah  dituruti dengan ikhlas. Bukan mengikut teluntuk politik sempit apatah lagi mencari kesempatan untuk membunuh dan mengaibkan peribadi musuh politik.

TERAS mengesa semua pemikir dan ahli ilmuan Islam dari kalangan ulama dan pakar perundangan Islam segera mengeluarkan pendirian resmi dan jelas mengenai isu ini untuk menghentikan gejala permusuhan yang sangat tidak sihat ini disamping menjelaskan secara muktamad tuntutan Islam yang sebenar mengenai isu ini.

TERAS memohon agar isu ini tidak berlarutan dan suatu keputusan yang  tegas melarang mana-mana pihak membangkitkan secara terbuka isu ini terutama dalam media massa demi menjaga maruah dan kemulian syariat Islam dari dipermainkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: