CADANGAN KERAJAAN KEDAH MENUTUP PUSAT JUDI DISOKONG

TERAS dan WEHDAH mengalu-laukan cadangan pihak kerajaan negeri Kedah   untuk menutup pusat-pusat judi yang beroperasi di Kedah secara bertahap.

Proses pemberhentian bertahap itu adalah suatu langkah yang sangat wajar kerana industri judi yang beroperasi jelas tidak memberi sebarang sumbangan yang positif semada dari segi sosial mahupun ekonomi.

Suara pihak tertentu yang mendakwa bahawa cadangan ini tidak wajar dilaksanakan hendaklah ditolak dengan bijaksana dengan mengadakan pertemuan bersemuka bagi menjelaskan kenapa cadangan ini perlu dilaksanakan.

Kami berpendapat tidak ada sebab kenapa indusrti ini perlu diteruskan walhal kesan negatifnya sangat ketara.

Sesungguhnya kerajaan bertanggungjawab membentuk dan membangun sebuah masyarakat yang mengamalkan nilai murni . Berjudi sudah jalas bukan suatu amalan dan tabiat yang murni yang perlu dipertahankan. Sebaliknya ia sepatutnya diperangi habis-habisan .

Kesan negatif dari segi  sosial dan ekonomi dari industri judi tidak dapat dipertikaikan kerana sumua kaum dan agama menolak perlakuan yang boleh memperondak-perandakan keluarga dan masyarakat .

Amalan berjudi dalam bentuk apapun dan pada skala manapun hendaklah diperangi lantaran ia secara jelas boleh mengujudkan kesan lanjutan seperti keruntuhan akhlaq , kehancuran institusi keluarga serta jenayah.

Kami menegaskan bahawa pihak kerajaan perlu meneruskan cadangan ini tanpa mengambilkira pandangan yang terlalu mengambil perhitungan politik sebagai alasan untuk memerangi kemungkaran.

Kami menolak pihak yang meletakkan populariti politik  dijadikan pertimbangan untuk pihak kerajaan memerangi kemungakran industri judi. Sesungguhnya kerajaan Kedah perlu mengaskan bahawa kemungkaran yang jelas tidak boleh dikompromi hanya kerana mahu mendapat sokongan politik.

Mohd Azmi Abdul Ham,id

Pengerusi WEHDAH

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu.

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,612 hits
Kalendar
September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: