TERAS gesa pemimpin BN kembali kepada perinsip Islam

Pertembungan dan percakaran antara pemimpin-pemimpin BN dalam suasana poltik sempit berasaskan sentimen dan kepentingan peribadi tidak akan mampu menyelesaikan masalah untuk membendung konflik antara kaum dalam Negara.

Setiap pemimpin BN yang sarat dengan amalan politik berkepentingan kaum secara chauvinis akan akhirnya menemui jalan buntu.

Malah dengan ketiadaan niat yang lebih murni dan tinggi serta dasar yang merentas kepentingan kaum  untuk mengujudkan masyarakat yang adil , beradab dan  saling menghormati antara satu sama lain sudah tentu akan menyebabkan keharmonian antara kaum dan agama akan menjadi mangsa kepada sentimen  sempit pemimpin-pemimpin yang tiada diikat dengan nilai yang lebih murni..

TERAS mengamati kecaluruan dan suasana saling menekan dan menuntut antara satu komponen dengan komponan yang lain dalam BN  kini membayangkan bahawa segala prnsip perkongsian yang didakwa selama ini sebagai asas penubuhan BN akhirnya semakin tidak mampu bertahan.

Dengan yang demikian perkara yang paling wajar diberi fokus kini ialah bagaimana prinsip dan konsep keharmonian yang di tunjukkan oleh Islam dapat mengganti landasan liberal-sekular yang diamalkan selama ini oleh BN.

Bagi orang Melayu , hanya peterjemahan Islam dalam realiti kehidupan sepenuhnya sahaja yang akan dapat mengundang penghormatan dari orang lain. Jika pemimpin-pemimpin Melayu dalam BN hanya sekadar melaungkan hak dan keistimewaan bumiputera dan saling memberi reaksi bila menghadapi kritikan antara pemimpin Melayu dengan bukan Melayu , TERAS percaya penyelesaian dan keharmonian sejati tidak akan tercapai.

Dengan ada kerapuhan nilai dan falsafah yang lebih tinggi dan hanya bergantung kepada  perkongsian kuasa politik semata-mata , BN lambat laung akan berdepan dengan keadaan dimana setiap komponen yang mewakili kaum masing-masing akan berseliseh.

Inilah yang terjadi dalam isu kenyataan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera kini. Apa yang TERAS perhatikan kini bukan soal mencari prinsip kebenaran yang sepatutnya menjadi fokus tetapi ialah isu saling menuntut dan saling mencabar kekuatan antara satu sama lain.

Pada hakikatnya suara-suara senyap yang sedia menunggu masa untuk diungkap secara langtang oleh pemimpin-pemimpin dalam BN memangnya telah ujud. Ia hanya menunggu kesempatan dan detik untuk meledak.

Bagi TERAS puncanya bukan kerana kenyataan Ahmad Ismail semata-mata tetapi adalah dari suatu kesan dari retetan isu-isu yang diledakkan sepanjang bebebarapa tahun kebelakangan ini. Isu mencabar kuasa Raja , isu bahasa ibubunda , isu tuntutan Hindraf , isu IFC , isu Perkara 11  dan 121 Perlembagaan Persekutuan , isu pengagihan dan persempadanan PR serta calon-calon  , isu DEB , isu royalti minyak , isu layanan kepada Sabah dan Sarawak , isu ekonomi Negara , isu kenaikan kos sara hidup , isu ketelusan dalam pembidaan projek-projek kerajaan , isu penagihan jawatan , isu ketelusan dan intergriti polis dan kehakiman , isu rasuah dan salahguna kuasa serta politik wang , isu  akauntabiliti BPR dan  isu ISA .

Jika digabungkan seluruh isu-isu ini suhu pertelingkahan dan saling menuding akan berpotensi untuk meningkat dan akhirnya  meletup sememangnya sentiasa ada.

Oleh itu TERAS berkeyakinan hanya dengan pendekatan  semua kepimpinan Negara menginsafi bahawa segala formula lain daripada prinsip dan dasar Islam tidak akan bertahan , yang akan menyelamatkan Negara dari kehancuran

Suara lantang orang Melayu tidak akan bermakna jika mereka tidak  terlebih dahulu menunjukan penghayatan yang total terhadap Islam..

Ketika pemimpin-pemimpin Melayu maseh memperlihatkan akhlaq , watak , perangai dan budaya hidup yang bercanggah dengan Islam , TERAS yakin    teguran dan kenyataan-kenayataan pemimpin-pemimpin Melayu akan dipandang sepi malah tidak dipedulikan oleh masyarakat bukan Islam.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,885 hits
Kalendar
September 2008
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: