BI: 48 NGO gesa kementerian hentikan meja bulat

Sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) meminta kementerian pelajaran menghentikan dua lagi persidangan meja bulat mengenai pelaksanaan pengajaran sains, matematik dan teknologi dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia dilaksanakan secara tidak adil dan laporan akhbar mengenainya juga mengelirukan.

Sebelum ini, kementerian berkenaan telah mengadakan dua meja bulat untuk mendapatkan pandangan mengenaai PPSMI

NGO terbabit termasuklah Persatuan Lingustik Malaysia (PLM),  Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),  Majlis Profesor Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Penterjemah

Malaysia (PPM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Penulis Nasional (Pena), Institut Alam Tamadum UKM,  Persatuan Seniman Malaysia, Gabungan Persatuan Penulis

Nasional Malaysia (Gapena),  Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kamal Shukri Abdullah Sani berkata, tiga dari lima pembentang kertas kerja, bukannya berbicara mengenai perkara tersebut sebaliknya kepentingan menguasai bahasa Inggeris.

“Lagipun semasa hendak mengubah ke bahasa Inggeris dahulu, tiada meja bulat pun dan tidak juga ditimbulkan kesan ekonomi perbukuan bahasa Melayu.

“Apakah persidangan meja bulat ini hanya untuk mengaburi mata orang ramai kerana pengerusinya tidak dapat membuat kesimpulan secara objektif dan tepat,” katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Kamal Shukri juga mempersoalkan bagaimana pemimpin kerajaan boleh mempertahankan tindakan yang terang-terang melanggar akta

‘Secara sembunyi-sembunyi’

Sehubungan itu, beliau mencabar pemimpin Umno untuk menyatakan pendirian mengenai pengajaran sains, matematik dan teknologi dalam bahasa Inggeris.

“Tindakan ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi, kononnya hanya membabitkan dua mata pelajaran tetapi sebenarnya lebih 80 peratus subjek di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, diajar dalam bahasa Inggeris.

“Apabila ini berlaku, maka akta mungkin akan dipinda atas alasan fait accompli dan hancurlah bahasa Melayu.

“Kami sedia berdebat mengenai kehancuran bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ini,” katanya.

Kamal Shukri berkata, kajian yang lebih jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak, termasuk Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron dan Prof Dr Norshahimah Jalaluddin, menunjukkan mereka yang tinggal di bandar dan berpendapatan tinggi, mendapat manfaat dari PPSMI.

Katanya, PPSMI menyebabkan jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar dan yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu.

“Tujuan dilakukan semua ini ialah untuk meningkatkan penguasaan bahasa  Inggeris tetapi telah dilakukan dengan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi.

Perkecilkan bahasa rasmi

“Penyelesaian ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat,” katanya.

Kamal Shukri berkata, semua 48 NGO menggesa pihak berkuasa mengembalikan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjaya dan dipersetujui bersama.

Katanya, kembalikanlah bahasa Malaysia sebagai pengajar sains, matematik dan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

Menurutnya, kesan negatif PPSMI ialah keghairan pemimpin besar dan kecil sehingga menghina dan memperkecil bahasa rasmi dalam semua aspek kehidupan.

Seolah-olah, katanya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah mati dan tidak berwibawa lagi.

Kamal Shukri berkata, rancangan untuk menjadikan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai salah satu penentu sama ada PPSMI diteruskan atau tidak juga amat tidak logik dan membelakangi ilmu pendidikan.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “BI: 48 NGO gesa kementerian hentikan meja bulat
  1. alberangque berkata:

    Sebagai guru yang mengajar Sains di luar bandar saya dapat merasakan bahawa hajat untuk meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris tinggal angan-angan sahaja. Manakala keinginan murid belajar Sains dan Matematik terus menurun. Akhirnya yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat.
    Masalah murid ponteng ada korelasi yang besar dengan keadaan murid tak faham apa yang dia belajar. Guru dipaksa ajar dalam bahasa Inggeris dengan berbagai ugutan oleh pihak JPN dan PPD serta kementerian.
    Laporan yang dibuat oleh Pengetua dan PPD hanya to please orang diatas. Semua bertitik tolak dari penipuan dan ugutan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
September 2008
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: