PERUBAHAN YANG DIHARAP AKAN MENGANGKAT MARTABAT BANGSA

TERAS menuntut agar perubahan kerajaan yang dikatakan bakal berlaku hendaklah memastikan agenda mengangkat martabat bangsa menjadi agenda utama.

Perubahan kepada sebuah sistem yang berkuasa selama 51 tahun hendaklah bersifat perubahan yang tulin untuk memperbetulkan segala kepincangan yang telah berjalan sekian lama.

Gejala salahguna kuasa dan rasuah yang kini menjadi ciri yang tidak dapat diatasi dalam kerajaan sekarang adalah lanjutan dari sistem pemerintahan yang begitu lama.

Kami juga sangat prihatian terhadap kepincangan  usaha mengangkat status sosio-ekonomi bangsa terutama dikalangan golongan petani dan nelayan.

Sistem ekonomi yang maseh gagal mengurangkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin sudah sedemikian lama tidak dapat diatasi malah sebaliknya semakin meluas. Dalam sistem yang diaplikasikan kini keadialan sosial bukan lagi menjadi agenda utama dalam kerajaan yang telah memerintah selam 51 tahun.

TERAS melihat gejala kerosakkan budaya dalam gaya hidup bangsa kini telah menghakiskan jati diri umat Melayu Islam . Ini telah berlaku sedemikian lama akibat dari model pembangunan yang mengambil seluruh kerangka Barat sebagai asas membina negara oleh pemerintahan yang ada.

Begitu juga sistem pendidikan yang mengikut acuan Barat telah meregangkann generasi muda dari asas pembentukan sahsiah yang sepatutnya . Sistem pendidikan sekular yang memisahkan antara agama dan ilmu telkah mengakibat pengajaran dan pembelajaran yang tempang.

TERAS menyambut perubahan sistem yang menyeluruh jika berlaku perubahan kerajaan . TERAS berpegangkan kepada perlunya perubahan yang lebih menyeluruh bukan sekadar hanya kepada sistem politik negara semata.

Kami juga menuntut supaya kerajaan yang ada jika benar telah kehilayangan keyakinan rakyat serta wakil-wakil di parlimen perlu bertindak sewajarnya untuk menyerahkan kuasa dengan hormat dan lancar.

TERAS membantah sebarang tindakan yang akan mencetus pergolakkan dan ketidastabilan negara. Pihak kerajaan yang sedia ada perlu bertanggungjawab untuk memastikan penyerahan kuasa berjalan dengan lancar.

TERAS juga mengingatkan kerajaan yang baru jika berjaya ditubuh hendaklah memastikan perjalanan kehidupan seharian rakyat tidak akan terjejas serta roda pentadbiran seluruh jentera kerajaan tidak terbantut.

MOhd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,922 hits
Kalendar
September 2008
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
%d bloggers like this: