TERAS kesal dengan Kerajaan Negeri yang masih belum menggubal undang-undang kesalahan menyebar agama lain kepada orang Islam

TERAS berpendirian bahawa beberapa kerajaan negeri yang maseh belum menggubal undang-undang khusus mengenai kesalahan menyebar ugama lain dari Islam kepada orang Islam agar segera melaksanakannya.

TERAS amat kesal dengan pihak kerajaan negeri yang berkenaan yang tidak mahu mempercepatkan penggubalan dan penguatkuasaan enakmen mengenai perkara tersebut sesuai dengan peruntukan Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan  seperti yang pernah diarah oleh PM beberapa tahun yang lalu..

Oleh kerana soal penyebaran dan tindakan mempengaruhi penganut Islam untuk bertukar agama akibat dari penyebaran secara langsung mahupun tak langsung adalah serius dan sangat sensitif pada masayarkat Islam , maka melewat-lewatkan penggubalan undang-undang yang berkenaan adalah sangat dikesali.

TERAS bersetuju dengan pendapat Presiden Persatuan Peguam Syarei yang mendesak supaya kerajaan negeri yang berkaitan segera menggubal enakmen tersebut kerana tidak adal alasan kenapa ia perlu dilewat-lewatkan lagi.

Setelah Negara mencapai kemerdekaan 51 tahun kenapa hal-hal ini tidak diambil berat oleh pihak kerajaan negeri dan persekutuan.

TERAS khawatir jika gejala memurtadkan orang-orang Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai enakmen khususnya mengenai hal ini , konflik agama yang tercetus dan membahaya keselamatan negara.

TERAS dengan ini menyeru agar pihak kerajaan Pusat dan negeri tidak boleh lagi merengankan isu ini dan menuntut agar tindakan segera diambil.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,014 hits
Kalendar
Oktober 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: