Keputusan Kerajaan Kedah 50% Perumahan untuk Bumiputera disokong

WADAH MUAFAKAT PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KEDAH (WEHDAH)

KENYATAAN MEDIA – 7hb Oktober 2008

KEPUTUSAN KERAJAAN KEDAH 50% PERUMAHAN UNTUK BUMIPUTERA DISOKONG

WEHDAH menyokong dan mengalu-alukan keputusan kerajaan negeri Kedah untuk melaksanakan dasar 50% kuota perumahan untuk bumiputera disyaratkan kepada semua pemaju.

Ini adalah suatu keputusan yang wajar dan kena pada masanya kerana ia mempunyai alasan yang kukuh. Sememangnya majoriti penduduk negeri Kedah iaitu   lebih dari 70 % adalah bumiputera. Secara proposional peruntukan perumahan untuk kaum bumiputera adalah sangat wajar diberi sehingga 50%.

Kami berpendapat dasar  ini tidak seharusnya dilihat sebagai menjejaskan kedudukan pemaju perumahan seperti yang didakwa oleh REHDA . Kami menolak dakwaan REHDA yang mengatakan pengusaha hiliran dalam sektor ini akan terjejas kerana pasaran   mereka akan terhad.

Dakwaan ini sangat dipersoalkan kerana maseh ramai kaum bumiputera di negeri Kedah yang memerlukan rumah dan ribuan mendaftar untuk menunggu peluang mendapatkan kediaman terutama dikalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Soalnya kenapa REHDA beria-ia benar  membantah dasar ini  yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kedah. Mengikut telaah kami ini samasekali tidak menjejaskan  hak dan peluang golongan bukan bumiputera yang juga memerlukan rumah.

Mengugut bahawa pemaju akan tidak lagi mahu melabur di Kedah adalah suatu yang tidak professional dan berbaur kepentingan diri yang amat ketara.

Kami melihat bahawa REHDA terlalu memikirkan keuntungan lumayan dengan mengutamakan pembinaan perumahan  mewah yang lebih menguntungkan , akan tetapi tidak menimbangkan kesan kepada golongan bawahan .

Kebetulan sehingga kini kenyataannya ialah ,  adalah diluar kemampuan golongan berpendapatan rendah yang majoriti adalah dikalangan kaum bumiputera untuk membeli rumah mewah.

WEHDAH dengan ini mengesa agar pihak kerajaan Kedah meneruskan dasar ini dan memastikan supaya ianya dipatuhi oleh semua pemaju.

Kami juga mengesa supaya kualiti perumahan awam untuk golongan berpendapat rendah hendaklah dipastikan kondusif untuk kediaman sebuah keluarga yang munasabah selesa. Kami berpendapat pemaju yang hanya melepas batuk di tangga ketika membina perumahan kos rendah seperti yang ada sekarang sangat “menghina” golongan ini.

Bukan sahaja perumahan rakyat harus diberi perhatian agar keselesaan yang berpatutan untuk golongan bawahan juga dipulihara malah kehormatan mereka sebagai rakyat yang turut menyumbang kepada kesejahteraan Negara hendaklah dihargai.

MOhd Azmi Abdul Hamid

Pengerusi WEHDAH

Merangkap Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA
3 comments on “Keputusan Kerajaan Kedah 50% Perumahan untuk Bumiputera disokong
  1. kevin berkata:

    it is so sad to see the state mooving backward.polarisation of race within a community is not relevant to quota imposed(i guess it is too simple to understand so i don’t need to explain).If your intention is all about building affordable houses it is even more ridiculous by imposing quota.1st the low cost houses imposed by goverment usually left unsold and it is already something which post no profit or maybe very little profit for developers.can you pls explaine what is affordable?house price is so directly correlated to land price.if you want things to be cheap and affordable pls control inflation or subsidise all building cost and of course deflate the price of any prime land centre of alor setar.

  2. kevin berkata:

    it will definitely cripple the economy.most shophouses is usually sold to non bumi it also means that no more shop houses will be developed.how can a state works without such business development?as i mention ealier property price is related to land price so most prime land in centre of the city will be left undeveloped due to the restriction.pls let the capitalism lead the economy people won’t build any thing which is not in demand.if they do they will be the one who suffer eventually.

  3. nawawi berkata:

    saya berpendapat,50:50 tidak melambangkan keperluan rumah sebenar masyarakat melayu di kedah.Kita mempunyai seramai 1.9juta penduduk,dan terdapat 1.4juta melayu.selebihnya Cina,India dan lain2.Oleh itu pembinaan rumah mampu milik perlu diberi keutamaan oleh kerajaan negeri dan kuota nya di tingkatkan ke 80:20.Bukan 50:50.Ini berdasarkan jumlah penduduk di negeri ini.Katakan 5% dari Melayu mampu membeli rumah,kita sudah ada pasaran sebanyak 70,000 rumah yang diperlukan.
    Katakan masayarkat lain memerlukan 5% rumah,ia bermakna hanya 25,000 rumah diperlukan.oleh itu dasar 50:50 perlu ditukar ke 80:20.Jangan hina melayu kata mereka tidak mampu.Mereka mampu memiliki rumah kalau mereka mahu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Oktober 2008
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: