Penyerahan kuasa oleh Pak Lah Perlu meyakinkan rakyat agar ia bukan sekadar perubahan kosmetik

TERAS mengakui bahawa pengumuman Pak Lah tidak bertanding sebagai Presiden UMNO dan akan melepaskan jawatan PM selepas Perhimpunan UMNO Mac 2009 nanti adalah suatu sejarah yang sangat besar kesannya .

Akan tetapi kami juga berpendapat bahawa perlepasan jawatan PM secara demikian hendaklah dianalisa secara halus agar ia bukan hanya sekadar perubahan kosmetik.

Malah kami yakini bahawa ketidakupayaan Pak Lah mengendalikan pelbagai isu negara adalah akibat dari kepincangan yang sudah sangat sarat dibawa dari legasi kepimpinan sebelumnya .

Rakyat perlu diyakinkan bahawa peralihan teraju kepimpinan negara bukanlah boleh ditentukan oleh hanya beberapa kerat golongan elit politik UMNO dan BN semata-mata.

Walaupun Pak Lah terpaksa mengalah kepada tekanan dari dalam UMNO dan BN sendiri keputusan itu perlu dilihat sebagai suatu petanda bahawa ujud ketidakstabilan dan ketidakyakinan rakyat kepada keseluruhan kepimpinan BN yang memerintah.

Oleh yang demikian dengan mengundurkan diri kerana Pak Lah dilihat sebagai pemimpin yang lemah bagi TERAS hendaklah dilihat secara menyeluruh , bukan sahaja kepada faktor seorang individu semata-mata.

Memang apa yang telah berlaku pasca PR 12 yang lalu perlu dipikul oleh pucuk kepimpnan namun yang perlu difahami juga ialah keputusan pilihanraya itu adalah natijah dari sebuah mekanisme seluruh jentera BN yang tidak lagi diyakini oleh rakyat.

Oleh yang demikian adalah tidak wajar dilihat keputusan Pak Lah itu akan  menjamin negara akan menjadi lebih kukuh.

Apa yang sebenarnya sangat diperlukan ialah sebuah reformasi total yang menyeluruh dalam sistem politik dan sistem pemerintahan yang ada.

TERAS melihat pemerintahan dan sistem yang sedia ada selama 51 tahun adalah lanjutan dari sebuah legenda penjajahan yang maseh membelenggu pemikiran dan gaya kepimpinan negara ini.

Apa yang diperlukan ialah melahirkan kepimpinan yang berani mengeluarkan Malaysia dari kongkongan sistem global yang ada kini dan mencorakkan negara ini ke arah sebuah model pembangunan yang berlandaskan sistem budaya dan kerangka kita sendiri.

Kietika Pak Lah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya kepada Timbalannya , TERAS tidak melihat ini boleh meyakinkan rakyat selaian dari hanya sebuah pergantian yang ditentukan oleh hanya dua orang pemimpin dan pengikut serta rakyat diminta memperakui sahaja.

TERAS tidak dapat menerima nasib bangsa Melayu dan negara ini hanya dijadi perundingan hanya oleh dua orang individu tanpa mengembalikan semula kepada rakyat untuk memberikan mandat kepada siapa yang lebih diterima sebagai orang yang akan mengemudi bahtera negara ini.

Dengan pelbagai kerenah dan pergelutan politik yang sedang berlaku dengan sangat kencang dalam UMNO dan dengan sesama parti yang menganggotai BN , TERAS berpendapat BN sudah hilang kelayakan untuk memimpin negara ini.

TERAS dengan yang demikian mengesa supaya rakyat diberi peluang untuk menentukan semula siapa yang diyakini boleh mempimpin negara mengikut corak kepimpinan yang mempunyai integriti , wibawa serta keupayaan menghadapi cabaran global kini.

TERAS kesal kini perebutan jawatan dalam parti-parti komponen BN terutama UMNO kini memperlihatkan kegelojohan yang sangat memalukan seolah-olah jawatan politik menjadi sedemikian murah untuk dijual-beli.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden
Teras Pengupayaan Melayu

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,612 hits
Kalendar
Oktober 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: