Belanjawan negara perlu diganti dengan belanjawan baru

TERAS bersetuju bahawa bajet 2009 yang telah di bentang bulan ogos yang lalu perlu diganti berdasarkan krisis kewangan global yang kini mahu tidak mahu akan memberi kesan kepada ekonomi Negara.

Pihak kerajaan perlu meneliti laporan UNCTAD (Majlis PBB Mengenai Perdagangan dan Pembangunan)  yang terbaru yang menilai  kesan krisis kewangan global yang sangat serius “ (crisis of a century) akibat liberalisasi institusi kewangan keterlaluan terutama bank dan institusi pelaburan  .

Malaysia yang turut mengamalkan pasaran kewangan dan perdagangan yang berkait dengan sistem global mahu tidak mahu akan menerima kesan yang besar terhadap ekonominya jika terus mengamalkan sindrom penafian dengan mengatakan krisis itu tidak menjejaskan Negara ini.

Malangnya sehingga kini belum ada tindakan konkrit yang diumumkan untuk Negara bersedia  menghadapi risiko dan kemungkinan krisis besar melanda Malaysia..

Seharusnya sudah ada dasar stimulus ekonomi yang mantap untuk mengelak negara ini dari terheret dalam kemelesetan  iaitu  “recession” atau “depression” global yang berpanjangan .

Bukan sahaja intervensi awam diperlukan untuk mengelakkan keruntuhan sistem kewangan yang lebih besar dan kemusnahan keatas  ekonomi yang sebenar perlu dilakukan , malah langkah mengukuhkan regulasi dan meningkatkan ketelusan segala instrumen dan institusi  kewangan  sepatutnya digerakkan segera.

Dalam hal ini TERAS memandang berat tindakan kerajaan yang membenarkan Maybank membeli BII dengan transkasi yang tidak telus malah merugikan padahal bank pelaburan  kini merupakan punca  krisis yang sedang melanda dunia sekarang.

Pihak kerajaan perlu sedar bahawa kini peranan utamanya untuk mempertahankan keyakinan terhadap ekonomi adalah sangat genting.

Kini setelah kerajaan dan bank pusat melihat punca krisis ini adalah akibat dari pasaran kewangan moden yang hanya mengejar keuntungan berlipatkali ganda melalui prinsip pasaran bebas , barulah disedari betapa pengawalan dan ketelusan menjadi faktor paling mustahak supaya keadaan tidak menjadi semakin parah.

Defisit 4.8 % belanjawan yang dianggap paling tinggi dalam beberapa tahun yang lalu jelas berkait dengan perbelanjaan pengurusan yang berlipat kali ganda lebih tinggi dari tahun-tahun sebelumnya dilihat sangat bergantung kepada harapan pelaburan luar akan terus stabil dan meningkat.

Jelas anggapan yang diguna dalam belanjawan ini telah meleset dan Malaysia akan turut tidak lagi menjadi tarikan pelaburan  kerana permintaan dalam eskport yang mengincup diperingkat global disamping kemudahan kredit yang kini hamper lumpuh diseluruh dunia.

Dengan penurunan pendapatan negara dan kelembapan pertumbuhan ekonomi hampir dirasai oleh  semua Negara , serta kenyataan dunia diambang kemelesetan global  , Malaysia yang sebahgian besar dari pendapatannya bergantung kepada pasaran komiditi akan pasti terjejas jika belanjawan yang sama diteruskan.

Laporan UNCTAD telah membayangkan tindakan ekonomi utama dunia seperti skima menyelamat bank  (bail-out) yang terbesar dalam sejarah Amerika sebanyak USD 700 bilion termasuk juga di Negara-negara Kesataun Eropah telah gagal memulihkan keadaan .
Dalam scenario sebegini TERAS berpendapat belanjawan yang telah dibentang yang lalu tidak lagi relevan dan perlu diganti dengan belanjawan yang baru segera mungkin.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA
One comment on “Belanjawan negara perlu diganti dengan belanjawan baru
  1. illyana berkata:

    how the government budget can bring about high economic growth to the country?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,616 hits
Kalendar
Oktober 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: