TERAS mengingatkan keghairahan yang melampau kini untuk semua pihak nampaknya terlalu menumpukan perhatian kepada pemilihan kepimpinan ahli-ahli politik dalam berbagai parti komponen BN perlu dikurangkan .
Ditengah-tengah negara mungkin terdedah kepada krisis ekonomi yang parah akibat kemelesatan ekonomi global yang sangat serius sekarang , kami berpendapatan rakyat kini seolah-olah terbiar untuk menghadapi sendiri impak ekonomi yang bakal dirasai .
Kami ingin menyatakan bahawa dengan sekadar mengumumkan status ekonomi dalam keadaan stabil dan tidak terjejas dalam senario ekonomi global yang sedang menjunam jatuh , adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Adalah tidak bertanggungjawab sekali dipihak kerajaan untuk hanya menafikan krisis yang bakal dihadapi dan sering memberi gambaran seoalah-olah rakyat tidak perlu gusar samasekali kerana dianggap ekonomi negara adalah kebal.
TERAS sangat kesal bahawa sehingga kini tidak nampak kerajaan sedang bersungguh membuat persiapan untuk menghadapi senario yang rumit ini .
Padahal keterikatan dan sistem ekonomi Malaysia yang sangat intergral dengan negara-negara lain tidak mungkin meengecualikan Malaysia dari gejala kemelesatan ekonomi yang amat parah.
Perdagangan Malaysia diperingkat antarabangsa dengan negara-negara maju kini tidak boleh lagi diperkecilkan kesannya jika pasaran Amerika dan Eropah menghadapai kemelesatan.
Implikasi sosial akan menjadi sangat parah apabila anak-anak muda tidak lagi mudah mendapat kerja , perniagaan tidak semudah dulu untuk mendapat bantuan atau pinjaman dari bank dan kehidupan rakyat bawahan akan menjadi semakin runcing. Kenapakah isu-isu ini nampaknya dilepas pandang oleh mereka yang dikatakan mahu memperjuangkan nasib rakyat?.
Nampaknya penggubal dasar ekonomi dikalangan pegawai tingi serta ahli politik Malaysia sedang mengamalkan “sindrom nafi” ( denial syndrome ) seolah-olah semuanya dalam keadaan baik . Yang penting hanya menumpu kepada proses pemilihan kepimpinan dalam parti politik yang sedang hangat dipaparkan oleh media.
TERAS mendesak agar semua parti politik dari kalangan kerajaan dan pembangkang mengadakan perbincangan khusus mengenai krisis ekonomi global kinidan meneliti dengan halusi bagaimana Malaysia perlu bersiap untuk mengambil langkah kontigen jika keadaan menjadi lebih parah.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
Tinggalkan Jawapan