Siasat dan bertindak keatas syarikat pengeluar kasut – hina Islam

TERAS meminta pihak kerajaan untuk menyiasat maklumat yang ia telah terima mengenai kasut yang dikeluar oleh syarikat Nike yang mengikut gambar yang dibekalkan menunjukkan ada percubaan menghina Islam.

Jika siasatan mendapati ianya benar pihak berkuasa perlu memastikan sebarang kasut yang dikeluar oleh syarikat tersebut yang mempunyai label tersebut dirampas dan syarikat berkenaan diambil tindakan undang-uNdang mengikut peraturan yang ada di negara ini.

Sementara maklumat yang sahih perlu diperolehi untuk menuntutkan tindakan diambil TERAS mengutuk sekeras-kerasnya terhadap pihak yang terus menerus mempermainkan dan menghina kesucian agama Islam.

Bukan sahaja tindakan undang-undang perlu diambil malah umat Islam perlu melancarkan boikot secara meluas untuk menghukum pihak yang berkenaan.

TERAS mendesak agar pihak berkuasa tidak membiarkan mana-mana pihak yang cuba mencabar kesucian agama Islam dan tidak bersikap sambil lewa ke atas perbuatan biadab ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
4 comments on “Siasat dan bertindak keatas syarikat pengeluar kasut – hina Islam
  1. […] Siasat dan bertindak keatas syarikat pengeluar kasut – hina Islam 16 10 2008 Siasat dan bertindak keatas syarikat pengeluar kasut – hina Islam […]

  2. az-Za'faraniy berkata:

    Alhamdulillah .Bagus cikgu tentang pendedahan ini

  3. Azfar Abdullah berkata:

    ini adalah luahan hati saya terhadap Metro. Sila baca dan mungkin boleh berbuat sesuatu jika betul sangkaan saya..

    kepada Presiden Teras,

    Saya sebenarnya sedih dan terfikir kenapa Harian Metro begitu berminat dengan ungkapan seakan-akan berniat jahat mahu burukkan golongan Ustaz.

    “Imegresen Memburu ‘Ustaz’ dipercayai dalang membawa masuk pendatang” (25 Oktober m/s A 27) dan ” ‘Ustaz’ gila Judi ” (Metro Ahad, 26 Oktober 2008, m/s B6) merupakan 2 contoh paling terbaru yang saya percayai berniat sesuatu terhadap label ‘ustaz’.

    saya sangat sedih dengan penggunaan tersebut yang sebenarnya bukan menceritakan perihal sebenar seorang ustaz.

    saya fikir penggunaan tajuk yang sensasi sebegitu tidak lain hanyalah sebagai dakyah sulit pihak media dalam merendahkan gelaran ‘ustaz’.

    Bagi umat Islam dan melayu, ustaz merupakan golongan yang muli dan sentiasa menjadi rujukan. Walaupun mereka bukan maksum tetapi gelaran tersebut tidak boleh dicapai melainkan perlu orang yang ada ilmu agama. Saya melihat, dalam kebejatan akhlak manusia hari ini yang terpalit hampir ke semua lapisan masyarakat, pihak media khususnya Metro cuba mengheret gelaran yang mulia ini bersama dalam kekalutan masyarakat supaya menggambarkan orang yang ada ilmu agama juga terjebak dengan maksiat, apatah lagi orang biasa dan artis yang tidak langsung berpegang kepada agama.

    Saya juga sedar, ada golongan yang berpendidikan agama turut terlibat dalam gejala-gejala yang tidak baik, tetapi harus sedar bukan semua orang yang belajar agama mendapat status ustaz selain kes-kes moral yang melibtkan golongan ini masih menjadi kes-kes terpencil jika betul-betul ada.

    Saya pohon media segera menghentikan usaha mencemarkan kedudukan dan status ustaz di mata masyarakat. Sekurang-kurangnya gelaran tersebut mencerminkan masih ada pihak yang baik dalam masyarakat sekarang.

    waLLahu a’lam.

  4. Wayfarer berkata:

    Asslmu’alaikum

    Berbalik kepada Nike, nampaknya mcm pengulangan peristiwa lbh drp 10 tahun lepas. Di link nama saya ada sedikit ulasan oleh org lain. Wallahua’lam – Wsslm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
Oktober 2008
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: