Pihak lain jangan biadap terhadap Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan isu yoga

Kenyataan Media TERAS
24hb November 2008

TERAS membantah keras sikap biadap pihak-pihak tertentu dari agama lain yang menyerang Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai fatwa Yoga yang telah diistiharkan kelmarin Menyerang Majlis tersebut hanya kerana tiadak secocok dengan selera penganut agama lain mahupun dengan pihak yang mendakwa diri Muslim tetapi mahu mentafsir hukum Islam secara sendirian adalah suatu yang biadap dan tidak menghormati bidangkuasa yang telah diberikan kepada Majlis tersebut.

Kami sangat yakin fatwa itu dikeluarkan adalah hasil dari perbincangan dan kajian yang mendalam bukan sahaja dikalangan alim ulama yang menganggotai Majlis itu , dari sudut amalan dan asal usul amalan yoga itu sendiri malah melihat perhubungan antara sesuatu amalan dengan kepercayaan sesuatu agama.

Apakah kerana ia telah lama diamalkan dan ramai peminat kepada yoga yang kini menjadi salah satu produk komersial masakini maka fatwa itu dibantah dengan keras. Apa hak mereka campur tangan dalam urusan hukum-hukam agama Islam di negara ini.?

Apakah hanya kerana ada sebahagian kecil orang Islam yang mengatakan bahawa mereka tetap Muslim walaupun tetap mengamalkan  yoga dan ataupun amalan-amalan lain yang berasal usual dari agama lain , maka Mjalis Fatwa tidak boleh mengeluarkan hukum berdasar nas dan dalil yang jelas dari sumber Quran dan Hadith. Apa sebenarnya kepentingan golongan ini dengan amalan yoga .

Jika benar ia hanya merupakan amalan yang bersifat fizikal dan bertujuan untuk kesihatan semata-mata apakah hukum syariat terkecuali dari membuat menentu halal-haramnya sesuata amalan.

TERAS sangat kesal dan menentang mereka yang nampaknya hanya mahu Islam itu ditafsir mengikut kehendak nafsu dan kehendak mereka sendiri lalu memberi lebel Muslim moderat dan Muslim liberal sebagai cara untuk memisah dan memecahkan masyarakat Islam dengan pendapat-pendapat yang tidak berpandukan disiplin ilmu Islam.

Kami membantah kebiadapan pihak Hindu Sangam yang nampaknya terang-terangan mencabar kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu ini. Dengan hukum yang dikeluar itu , fatwa itu akan hanya melibatkan panduan kepada umat Islam dan tidak ada kena mengena dengan soal menyingung ugama Hindu.

Kami mempersoalkan apa urusan Hindu Sangam untuk mempersoalkan fatwa ini dan kenapa fatwa itu diangap menyingung sensitiviti penganut Hindu.? Dengan menegaskan bahawa orang Islam perlu sangat berhati-hati dengan apa sahaja perbuatan , amalan , percakapan mahu budaya yang boleh menjejaskan aqidah , itu tidak bermakna ia menghina ugama lain. Umat Islam berhak untuk dipandu oleh ulama dan institusi yang berwibawa mengenai hukum-hakam dalam syariat islam . Tidak timbul fatwa yang melarang orang Islam melakukan sesuatu yang berpunca dari ajaran agama lain boleh dianggap mengina ugama tersebut.

Reaksi badan yang mendakwa membela hak wanita Islam seperti Sisters in Islam bagi kami bukan  sesuatu yang pelik kerana badan itu jelas menolak pandangan ulama dalam banyak isu . Menolak Fatwa resmi hanya kerana ia tidak selari dengan cara mereka berfikir dan kehendak mereka sudah lam menjadi pendekatan mereka.

TERAS mengesa pihak berwajib tidak tunduk kepada kritikan biadap yang kini semakin ketara terhadap institusi agama Islam.

Kami sudah lama mencadangkan supaya sebuah Forum resmi diujudkan untuk menangani perbincangan mengenai soal hukum-hukum ugama Islam dan tidak membiarkan perbahasan melalui media berkaitan dengan hukum berlaku tanpa adab dan kawalan. Bukan sahaja ia akan mengakibatkan kemarahan tercetus dikalangan orang ramai malah ia akan menyebabkan kekeliruan yang merbahaya berkembang dalam masyarakat bila membahaskan hukum agama dibiarkan secara bebas yang keterlaluan .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
2 comments on “Pihak lain jangan biadap terhadap Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan isu yoga
  1. awang berkata:

    Pendirian tegas TERAS disokong dan harus dihormati. Hormatilah pendirian dalam Islam. Tiada agama yang diiktiraf melainkan Islam. Kalau dah fatwa katakan yoga haram, maka haramlah. Fatwa dikeluarkan berdasarkan ilmu dan bukan sebaliknya. Tidak ada agama bagi yang tidak berakal.

  2. rahisam ramli berkata:

    Saya menyokong penuh kenyataan TERAS demi kesucian Agama Islam. Kredibilit Majlis Fatwa Kebangsaan sedang dirobek dan disiat-siat untuk diaibkan. Minta kerajaan bertegas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,676 hits
Kalendar
November 2008
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: