RAYUAN UNTUK MEMINTA ANGKATAN TENTERA FILIPINA (AFP) MENGHENTIKAN SERANGAN KE ATAS ORANG AWAM MORO & BERUNDUR DARI MINDANAO

Tuan Yang Terutama

MOST REVEREND MURPHY NICHOLAS XAVIER  PAKIAM, DD

Archbishop’s Office Rumah Uskup Agung

528 Jalan Bukit Nanas

50250 Kuala Lumpur, Malaysia.

Kami adalah sebuah pergerakan penduduk di Malaysia yang  ditubuhkan untuk  memupuk kesedaran, aktivisme dan sokongan  terhadap isu-isu yang  penting bagi kestabilan dan kesejahteraan kemanusiaan. Kami yakin bahawa kedaulatan undang-undang adalah lebih unggul daripada undang-undang yang dibuat oleh manusia, penindasan yang sentiasa berlaku menghasilkan ketahanan dan ketenteraan mungkin tidak dapat  mengatasi kuasa popular itu.

Kami amat prihatin terhadap operasi ketenteraan di Mindanao yang telah meragut banyak nyawa dan menyebabkan kesulitan yang tidak terhingga kepada penduduk. Serangan udara oleh AFP ke atas Kem Mamaspano di Maguinanao mengakibatkan seorang rakyat awam terbunuh dan empat lagi cedera parah, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Untuk makluman tuan, menurut National Disaster Coordinating Council (NDCC) Filipina, kini terdapat lebih 500,000 individu  yang dipindahkan, tidak mendapat perlindungan, dan mengalami trauma akibat peperangan di Mindanao sejak Ogos 2008. Kematian telah berlaku di tempat-tempat  pemindahan disebabkan keadaan buruk yang wujud di sana serta pemakanan yang tidak  mencukupi dan kekurangan perkhidmatan kesihatan.

Laporan NDCC menyatakan bahawa lebih 83 orang terbunuh dan lebih 100 lagi tercedera, kebanyakannya orang awam. Datu Piang, sebuah bandar di Cotabato Utara, telah menjadi tempat  perlindungan bagi penduduk yang terjejas akibat peperangan. Daripada 20 buah kampungnya, hanya penduduk di lima buah kampung tidak dipindahkan. Kini ia menempatkan lebih 40,000 orang yang dipindahkan.

Kerosakan terhadap kehidupan dan harta benda telah menjadi semakin teruk. Oleh itu,  atas alasan kemanusiaan, kami merayu kepada tuan supaya menggunakan pengaruh baik tuan untuk meminta Kerajaan Filipina menghentikan serangan dan memanggil semula tentera dari Mindanao, dan mengadakan semula rundingan damai. Ini adalah untuk memastikan orang awam yang tidak bersalah, terutama wanita dan kanak-kanak, tidak terus menderita  dan keadilan serta keamanan mengatasi keganasan dan ketidakadilan. Penduduk  yang tidak bersalah ini berharap dan mendoakan kebebasan, keadilan dan keamanan  sebenar.

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,687 hits
Kalendar
November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
%d bloggers like this: