FATWA ROKOK PERLU SEGERA DIWARTAKAN UNTUK SELAMATKAN UMAT ISLAM DAN NEGARA DARI MUSIBAH BERPANJANGAN.

TERAS mengesa agar fatwa rokok yang telah diistiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1995 perlu segera diwartakan oleh kerajaan negeri jika pihak kerajaan benar-benar serius untuk menjaga kesejahteraan rakyat di Negara ini.

Gejala merokok bagi TERAS adalah musibah yang sangat jelas dari pelbagai segi.

Setiap tahun 100,000 orang mati yang dikaitkan dengan penyakit akibat merokok. Manakala setiap tahun rakyat Malaysia berbelanja RM 2 bilion untuk merokok. Kerajaan pula terpakasa mengeluarkan perbelajaan berbilion RM lagi untuk merawat mereka yang menjadi mangsa dari penyakit yang dikait dengan merokok.

Sementara itu kesan sosial kepada anak muda juga sangat jelas. Kini generasi muda yang terjebak dengan tabiat merokok terdedah kepada jerat dadah yang semakin meningkatkan kes penagihan dadah dari sehari ke sehari dikalangan generasi tunas ini.

Kita juga tidak dapat menafikan kos penyelanggaran untuk memungkinkan perokok disediakan tempat merokok dan membersih sampah dari rokok yang juga menelan belanja yang sepatutnya disalurkan kepada urusan masyarakat yang lebih bermanfaat.

Bahaya rokok yang menyebabkan kebakaran juga tidak kurang memperkukuhkan mudharat kenapa fatwa ini bukan sahaja mempunyai nas naqli malah juga nas akli.

Lantaran itu penyemakan semula terhadap fatwa ini tidak wajar diadakan . Apa yang perlu dilakukan ialah mempastikan perwataan fatwa menjadi undang-undang yang resmi dan menentukan mekanisme penguatkuasaan ke atas mereka yang melanggar undang-undang tersebut.

Negara seperti Thailand , Singapura dan Kanada sudah jauh kehadapan dalam memperketatkan undang-undang mengenai rokok dan merokok berbanding kita.

Malah Malaysia sendiri telah menjadi salah sebuah Negara yang menandatangani sebuah Konvensyen antarabangsa mengenai kawalan rokok.

Dengan semua kenyataan diatas TERAS tidak dapat menerima alasan mereka yang bertanggungjawab yang masih  melengah-lengahkan tindakan untuk  mewartakan fatwa ini diperingkat kerajaan negeri.

TERAS melihat fatwa ini akan memberi kesan yang sangat mendalam kepada seluruh umat Islam memandangkan hukum agama , walaupun ada yang melanggarnya , namun boleh memberi impak yang kuat untuk membasmi tabiat yang memudharatkan  ini dari terus dibudayakan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
2 comments on “FATWA ROKOK PERLU SEGERA DIWARTAKAN UNTUK SELAMATKAN UMAT ISLAM DAN NEGARA DARI MUSIBAH BERPANJANGAN.
  1. abdul razak says:

    Adalah sangat menyedihkan bila melihat banyak kematian bersangkutan kanser paru-paru adalah disebabkan oleh punca rokok dan kebanyakan berlaku tanpa kesedaran masyarakat yang mendalam akan kesan-kesan negatif menghisap rokok. Namun demikian, pihak syarikat tembakau/rokok seringkali dilihat sebagai syarikat yang prihatin kepada masyarakat kerana membuat derma atau sponsorship dengan sejumlah wang yang sangat besar serta penyumbang keuntungan yang besar di pasaran saham serta penyumbang cukai utama di negara ini. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan di kebanyakan negara seperti USA atau Eropah, hanya untuk mengaburi kesan-kesan sampingan pada asap yang beracun terhasil bila seseorang itu menghisap rokok.

    Saya juga ingin berkongsi pengalaman berada di syarikat pembuat rokok antarabangsa yang terkenal terletak di Shah Alam berkenaan rokok yang berperisa “menthol”. Rokok-rokok yang berperisa “menthol” ini kesemuanya diperbuat melalui proses dimana menthol (biasanya di import dari China) akan dilarutkan dalam alkohol dan disembur pada kertas aluminum lalu dibiarkan selama lebih kurang beberapa hari sebelum digunakan untuk proses membungkus produk rokok. Diperlukan lebih kurang 2-3 minggu sebelum rokok berperisa “mentol” ini dijual dipasaran tempatan untuk membolehkan semburan menthol didalam alkohol menyerap dalam tembakau (“curing”) lalu memberi perisa menthol ‘cool’ bila rokok dihisap oleh perokok. Disamping itu mohon pihak berwajib seperti JAKIM dapat memberi kepastian tentang halal/haram membabitkan pengeluaran rokok berperisa “menthol” ini.

    Semoga negara Malaysia akan bebas dari ancaman asap rokok serta rakyat di negara ini tidak lagi dibelenggu masalah ketagihan rokok (nikotin) menjelang 2020.

    -frontera67

  2. Hasamuddin Hj Mohamad says:

    Apalah gunanya “Fatwa” kalau kekuatan dalaman tidak diambil kira. Setiap tindakan yang bakal dilakukan, hendaklah dipastikan tujuan atau matlamat terhadap apa yang akan dibuat. Pokoknya ialah keyakinan itu yang wajib. Yakin bahawa setiap perkara terlarang ada musibahnya. Yakin bahawa menjauhi perkara terlarang ada nikmatnya. Yakin bahawa mengamalkan perintah Allah akan mendapat keredhaan. Alhamdulillah… saya sudah berhenti merokok sejak 2004. Yang pentingnya ialah kesedaran terhadap mana yang baik dan mana yang buruk. Rokok tidak bermakna apa-apa tetapi merokok mendatangkan akibat yang tidak baik.

    MARILAH KITA HAYATI IKRAR INI:

    IKRAR ANTI TEMBAKAU

    KAMI, DENGAN RELA HATI
    BERIKRAR DAN BERJANJI
    BERKERJASAMA, UNTUK MEMERANGI
    KETAGIHAN TEMBAKAU, YANG MENJADI-JADI

    KAMI, SENTIASA BERSEDIA
    DALAM APA JUGA SUASANA
    MENYUMBANG IDEA DAN TENAGA
    MEMBENTERAS ROKOK, PEMBAWA BENCANA

    KAMI, AKAN TERUS BERSATU
    BERGERAK AKTIF, SECARA BERSEPADU
    MENJADIKAN UDARA YANG KITA HIDU
    BEBAS ASAP ROKOK, SETIAP WAKTU

    KAMI, AKAN TETAP BERUSAHA
    MENGGESA SETIAP GOLONGAN REMAJA
    MENGHINDAR ROKOK, SETIAP MASA
    DEMI KESIHATAN, FIZIKAL DAN MINDA

    KAMI, TERUS AKAN BERMUAFAKAT
    MENGGESA SETIAP ANGGOTA MASYARAKAT
    MENGAMALKAN, GAYA HIDUP SIHAT
    SETIAP MASA, SEPANJANG HAYAT.

    K. Chandran a/l Kanniah
    Ketua Penolong Pengarah
    Bahagian Pendidikan Kesihatan
    Kementerian Kesihatan Malaysia

    Ikrar ini telah dibaca oleh Hasamuddin Hj. Mohamad
    BUAT PERTAMA KALINYA pada 31 Mei 2006 sempena perasmian Hari Tanpa Tembakau Sedunia dan Hari Penyampaian Hadiah Peraduan Tak Nak! Merokok dan Menang 2006 Peringkat Malaysia (kali ke 2), di hadapan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dato’ Lee Kah Choon dan Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi Malaysia Dato’ Ong Tee Keat di Universiti Pertanian Malaysia Serdang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,969 hits
Kalendar
Disember 2008
M T W T F S S
« Nov   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
%d bloggers like this: